Memperkasa Pendidikan Tinggi : Menghadiri Sesi Interaksi Thought Leader GP:VBE di Cyberjaya
Title
Memperkasa Pendidikan Tinggi : Menghadiri Sesi Interaksi Thought Leader GP:VBE di Cyberjaya
Description

Alhamdulillah, pagi tadi diundang ke sesi interaksi Thought Leader GP:VBE bersama Pengurusan Tertinggi PPT bagi perkongsian idea serta pandangan dalam memperkasa pendidikan tinggi negara di Mercu MQA, Cyberjaya.
Kearah pendidikan Tinggi berasaskan Nilai… melontar pandangan keperluan Ilmu mencari Ilmu, Kemahiran menambah kemahiran dan Nilai memperbaiki nilai… berkongsi pendekatan Hati Budi, Budi Akal dan Budi Pekerti, penerusan nilai ESI dan iDART.
Sesi dipengerusikan oleh Sr. Ir. Dr. Suhaimi Abdul Talib, mantan TNCA UiTM dan MQA diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti), Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan.
Hadir sama, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Dr. Yatimah Alias; Naib Canselor UNITEN, Prof. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari dan Penulis Standard Pembangunan Garis Panduan VBE, Prof. Madya Dr. Suhailah Hussien.
Terima kasih atas jemputan, InsyaAllah UiTM akan mendepani pendidikan tinggi berteraskan nilai VBE.
OFFICIAL: Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku
Date
Language
Malay, Arabic
Collection
Citation
“Memperkasa Pendidikan Tinggi : Menghadiri Sesi Interaksi Thought Leader GP:VBE di Cyberjaya,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1377.