Majlis Penyerahan Bantuan KPT-PTPTN MADANI oleh YBM Menteri kepada Pelajar UiTM Cawangan Sabah

Title

Majlis Penyerahan Bantuan KPT-PTPTN MADANI oleh YBM Menteri kepada Pelajar UiTM Cawangan Sabah

Description



Terima kasih kepada YBM KPT yang telah menyampaikan bantuan kepada 159 orang pelajar Universiti Teknologi MARA UiTM Cawangan Sabah yang menerima manfaat melalui Bantuan Pengajian KPT-PTPTN MADANI. YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir telah menyerahkan bantuan dalam satu majlis di Dewan Tun Mustapha, Kampus Kota Kinabalu pagi tadi.

Bantuan berjumlah RM500 seorang secara sekali beri one-off itu diberikan kepada pelajar yang merupakan peminjam PTPTN daripada keluarga B40 dan miskin tegar bagi meringankan beban sara hidup pengajian mereka.

YB Menteri dalam ucapannya menegaskan komitmen Kerajaan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada pendidikan tinggi semata-mata kerana faktor kewangan.

Saya tidak mahu lagi mendengar kisah anak-anak cemerlang daripada keluarga miskin yang gagal melanjutkan pengajian hanya kerana kemiskinan. Saya sendiri pernah melalui pengalaman itu dan saya tidak mahu ia berulang, katanya.

Menurut beliau, Kerajaan melalui KPT dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN sentiasa berusaha menyediakan ruang pendidikan yang adil dan menyeluruh kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang.

Pendidikan ini bukan sekadar peluang, tetapi satu-satunya harapan bagi banyak keluarga miskin untuk keluar daripada kesusahan. Kita tidak akan biarkan mereka tertinggal, tegasnya lagi.

Program ini merupakan antara inisiatif MADANI yang menzahirkan keprihatinan Kerajaan terhadap kebajikan pelajar dan akses pendidikan tinggi yang inklusif.

Beliau juga menegaskan kewujudan UiTM sehingga kini dengan yuran terendah memberi capaian pendidikan tinggi kepada orang Melayu, Orang Asli serta Anak Negeri Sabah dan Sarawak khususnya untuk golongan B40 dan anak-anak luar bandar. Ini sekaligus menafikan pandangan bahawa golongan B40 dinafikan hak untuk mencapai pendidikan tinggi.

Turut hadir, Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Hjh. Norliza Abdul Rahim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; dan Rektor UiTM Cawangan Sabah, Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed, di samping ketua-ketua masyarakat negeri Sabah.

Selesai majlis, YBM sudi melihat program Dapur HEP UiTM yang menyediakan nasi percuma kepada pelajar B40 di Kolej Kediaman pelajar. YBM telah sudi menyendukkan nasi kepada pelajar-pelajar yang hadir. Usaha murni ini menyediakan nasi kepada pelajar yang berkeperluan setiap hari.

Sebelum itu, YBM juga menyantuni MPP dan memberi pertimbangan permohonan pelajar, seterusnya mengumumkan peruntukan bajet lebih RM2 juta untuk dua buah bas bagi kegunaan mahasiswa UiTM Sabah.

Terima kasih YBM.



Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AkzMaX8jz/

Files

Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (1).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (2).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (3).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (4).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (5).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (6).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (7).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (8).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (9).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (10).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (11).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (12).jpg
Dato VC + YBM KPT Di UiTM Cawangan Sabah (13).jpg

Collection

Tags

Citation

“Majlis Penyerahan Bantuan KPT-PTPTN MADANI oleh YBM Menteri kepada Pelajar UiTM Cawangan Sabah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 15, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1391.

Output Formats