Menjunjung Kasih Tuanku: Keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku
Title
Subject
Description

Menjunjung kasih yang tidak terhingga ke atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku.
Keberangkatan Tuanku bukan sahaja menyerikan majlis, malah menjadi lambang kebersamaan Tuanku dengan dunia ilmu, warisan budaya dan kesenian bangsa yang sekian lama menjadi asas pembinaan peradaban Melayu.
Majlis Puisi Dirgahayu Tuanku ini merupakan anjuran Universiti Teknologi MARA melalui Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM dan Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa UiTM, dengan dukungan kepakaran serta wacana kesusasteraan oleh Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) sebagai rakan strategik utama.
Penganjuran majlis ini mencerminkan iltizam UiTM untuk terus memperkasa kefahaman dan penghayatan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu melalui pendekatan yang halus, berbudaya dan berteraskan ilmu.
Menjunjung Kasih Tuanku
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM2030
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku ❤️