Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi atas Kesudian Hadir ke UiTM Cawangan Sabah.

Title

Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi atas Kesudian Hadir ke UiTM Cawangan Sabah.

Description

Terima Kasih YB Menteri KPT atas kesudian ke UiTM Sabah


__________________________________________________


Hari ini saya hadir ke UiTM Sabah Cawangan Kampus Kota Kinabalu untuk menyampaikan Sumbangan Pengajian KPT-PTPTN MADANI kepada 159 pelajar yang layak. Setiap pelajar menerima bantuan kewangan one-off sebanyak RM500, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan melalui Dana Kebajikan Pelajar KPT-PTPTN mencecah RM79,500.
Saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kembali tentang asal-usul penubuhan UiTM iaitu sebuah institusi yang dibangunkan dengan misi yang besar dan luhur: memberi peluang kepada anak-anak bangsa daripada keluarga susah untuk mengubah nasib mereka melalui pendidikan. Ini bukan sekadar penubuhan sebuah universiti, tetapi satu langkah besar untuk menjadikan pendidikan sebagai pemangkin mobiliti sosial dan penghapus kemiskinan antara generasi.
Begitu juga dengan penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia bukan semata-mata agensi pinjaman, tetapi adalah usaha kerajaan untuk menyediakan jambatan kewangan kepada mereka yang berhasrat melanjutkan pengajian, tetapi terbatas dari segi kemampuan. PTPTN telah menjadi nadi penting dalam memastikan ribuan pelajar setiap tahun dapat meneruskan pengajian dengan bantuan pinjaman yang diberikan.
Inisiatif Sumbangan Pengajian KPT-PTPTN MADANI ini pula adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan tinggi yang adil, saksama dan berterusan, tanpa mengira kaum, latar belakang atau kedudukan geografi. Setiap sen yang diberikan bukan sekadar bantuan, tetapi merupakan satu bentuk pelaburan bagi membentuk masa depan terbaik negara.

Saya percaya bahawa apabila seorang pelajar berjaya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik, bukan sahaja kehidupan dirinya berubah, tetapi seluruh keluarga akan merasai tempias nikmatnya. Pendidikan bukan sekadar untuk naik pentas konvokesyen, tetapi adalah kunci untuk membuka peluang, membina kehidupan dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

Kepada semua pelajar yang menerima bantuan hari ini, gunakan peluang ini sebaik mungkin. Belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan bahawa kesusahan bukan penghalang untuk berjaya. Sebaliknya, ia adalah sumber kekuatan untuk melakar masa depan yang lebih gemilang.

Dalam majlis ini, saya juga menerima pelbagai permintaan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) termasuklah hal-hal berkaitan asrama dan sebagainya. Namun untuk peringkat awal, saya luluskan melalui peruntukan sedia ada dua buah bas baru untuk Kampus UiTM Kota Kinabalu. Semoga bermanfaat untuk aktiviti pelajar nanti.
#doczam
                                                                                          "

Source

Official Facebook Page : Zambry Abd. Kadir

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19PYnkdVUr/

Files

YBM KPT Di UITM Caw Sabah (1).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (2).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (3).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (4).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (5).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (6).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (7).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (8).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (9).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (10).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (11).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (12).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (13).jpg
YBM KPT Di UITM Caw Sabah (14).jpg

Collection

Tags

Citation

“Setinggi-tinggi Ucapan Terima Kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi atas Kesudian Hadir ke UiTM Cawangan Sabah.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed July 16, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1392.

Output Formats