Penyertaan dalam Seminar IMT-GT: Teknologi Digital dan Revolusi Industri Keempat
Title
Description

Menghadiri Seminar on Leveraging Digital Technology and Innovation to Drive the Fourth Industrial Revolution (4IR) and the Digital Transformation under the IMT-GT (Indonesia-Malaysia-Thailand Golden Triangle) di Bangkok, Thailand.
Selaku Pengerusi IMT-GT UniNET kami membentangkan kertas bertajuk “Bridging Borders Through AI and Dashboards: Enhancing IMT-GT Partnership Monitoring and Reporting Through Innovation”, berasaskan pengalaman UiTM dalam pembangunan dashboard dan pendigitalan maklumat.
Memberi pandangan juga terhadap kertas cadangan dari rakan-rakan dari Thailand dan Indonesia. Memberi maklum balas juga terhadap isu roaming Telco Malaysia disekat di Selatan Thailand dan bayaran cashless yang tidak seamless di kawasan IMT-GT. Masalah bersama antaranya isu scammer di Indonesia, Malaysia dan Thailand juga dibincangkan. Bersambung esok dengan Mesyuarat Digital Working Group.
IMT-GT diasaskan oleh Malaysia, telah wujud sejak 1993 manakala UniNET wujud sejak 1996, banyak perubahan telah berlaku di kawasan Segitiga Emas ini dari sudut sosioekonomi.
Bagi yang peka sejarah, Segitiga Emas inilah asalnya sebahagian Kerajaan Suvarnabhumi (Sanskrit bermakna Tanah Emas), kemudian Kerajaan Kesultanan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya, Samudera Pasai, Melaka, Pattani dan Aceh yang asalnya kerajaan Hindu/Buddha menjadi Islam, sebelum Tanah Melayu yang berusia lebih 2000 tahun ini dipisah-pisahkan terwujud dalam tiga negara pada hari ini... dengan kini penduduknya lebih 95 juta.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
UiTMdiHatiku❤️