Penyertaan dalam Mesyuarat Ke-4 IMT-GT Working Group on Digital Transformation: Peranan UniNET dalam Memacu Transformasi Digital Wilayah Segitiga Emas
Title
Description
Hari ini menghadiri Mesyuarat 4th IMT- GT Working Group On Digital Transformation di Bangkok, memberi laporan UniNET untuk Agenda ke-7 mesyuarat, melaporkan aktiviti, isu dan memberi syor kepada mesyuarat tentang transformasi digital yang boleh dilakukan dalam kawasan IMT-GT.
Sebagai think tank, setiap Working Group disokong oleh sebuah universiti dari UniNET. Disyorkan pula setiap daripada 32 universiti anggota UniNET akan dipadankan dengan setiap negeri atau provinsi di dalam wilayah IMT-GT: 14 wilayah di Thailand, 11 negeri di Malaysia dan 10 provinsi di Indonesia. InsyaAllah, usaha ini akan merancakkan lagi pembangunan wilayah IMT-GT.
Alhamdulillah, sempat juga solat Jumaat di Kasetsart University bersama mahasiswa Islam KU dan terserempak seorang warga Malaysia yang bertugas di Pejabat Pertanian ASEAN, Sdr Faiz.
Sewaktu penutup mesyuarat, kami bertanyakan kepada ahli dan wakil delegasi — yang kebanyakannya pegawai muda dari Thailand, Indonesia dan Malaysia — kenapa kawasan ini dinamakan “Segitiga Emas”. Kerana ia mengambil sempena nama kerajaan kuno yang wujud tiga kurun sebelum Masihi, dan kami berkongsi tentang kemajuan Kerajaan Kedah Tua yang sudah pun mempunyai teknologi melebur besi 800 tahun sebelum Masihi. Kerajaan besar itulah, Suvarnabhumi — nama Sanskrit yang bermaksud Tanah Emas — kayanya wilayah ini dengan segala sumber alam dan galian. Itulah kelestarian yang perlu diperjuangkan dan diteruskan untuk kesejahteraan generasi akan datang di kawasan “Segitiga Emas” ini.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️