Tinjauan Projek Kampung Angkat Madani: Usaha Peningkatan Taraf Keupayaan Nelayan Di Kampung Jalan Bharu, Bayan Baru, Pulau Pinang oleh UiTM
Title
Description
Alhamdulillah, hari ini Sabtu, 26 Julai, meninjau cadangan Projek Kampung Angkat Madani di Kampung Jalan Bharu, Balik Pulau, Pulau Pinang. Usaha Kerajaan Madani ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan keupayaan nelayan di Kg. Jalan Bharu dengan menaik taraf bot nelayan menggunakan kelengkapan solar, serta projek solar off-grid di jeti nelayan.
UiTM menjadi agensi pelaksana — mudah-mudahan mampu mengubah taraf hidup penduduk setempat.
Projek ini didokong oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Pahang. Semangat kebersamaan ini memastikan UiTM terus relevan dan mengakar ke bumi. Tahniah kepada team pelaksana yang bertungkus-lumus dalam perancangan dan pelaksanaan projek ini.
Terima kasih kepada Dato’ Rektor UiTM Penang yang belanja Mee Udang Razak di Kg. Jalan Bharu, dan PM Dr. Najib yang belanja durian Pulau Betong — melengkapkan kehadiran kami di Balik Pulau. Alhamdulillah
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️