MASSCOMM UiTM METERAI PERJANJIAN DENGAN 11 INSTITUSI

Title

MASSCOMM UiTM METERAI PERJANJIAN DENGAN 11 INSTITUSI

Description

SHAH ALAM: Buat julung kalinya Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) memeterai perjanjian persefahaman dengan 11 institusi terdiri daripada universiti tempatan dan antarabangsa.

Selain institusi akademik, fakulti itu turut jalin kerjasama dengan industri serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam bertukar kepakaran selaras perkembangan pesat bidang komunikasi dan media pada masa ini. 

Kerjasama itu antara lain bertujuan membolehkan pendidikan diakses oleh semua, menambah baik pengajaran dan pembelajaran, serta merapatkan jurang antara pihak-pihak berkepentingan melalui penyelidikan.

11 institusi tersebut ialah University of Central Punjab, Pakistan; Universitas Esa Unggul, Indonesia; UCSI University dan The International Institute of Knowledge Management (TIIKM), Sri Lanka.

Dalam sektor industri dan NGO pula, perjanjian turut dimeterai bersama Sinar Karangkraf Sdn. Bhd., Accordia Training & Development Sdn. Bhd., IDEAID Sdn. Bhd., Impact Altruism Sdn. Bhd. (NGOHub), Malaysian Press Institute (MPI), Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) dan Science of Life Studies 24/7 (SOLS 24/7)

Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, usaha sama itu adalah komitmen UiTM kepada pihak-pihak berkepentingan untuk bekerjasama erat secara aktif dalam beberapa bidang utama 

Beliau berkata, bidang utama itu melibatkan rangkaian kerjasama termasuk program akademik, penyelidikan dan aktiviti perundingan serta melalui peningkatan pengambilan ahli akademik antarabangsa.

“Usaha sama ini perlu menekankan aspek kesediaan graduan memasuki alam pekerjaan, menggalakkan nilai tambah kemahiran kerja dan latihan pengurusan dalam kalangan staf akademik serta melebar luas jaringan dalam bidang yang belum diterokai.

“Saya percaya majlis hari ini akan memimpin (lead the way) usaha untuk mewujudkan peluang dalam setiap aspek pembangunan daripada pengajaran dan pembelajaran kepada mengurangkan jurang pengetahuan antara institusi pengajian tinggi dengan pihak industri dan NGO khususnya,” katanya.

Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom disempurnakan oleh Roziah bersama wakil daripada 11 institusi terlibat dengan disaksikan oleh Dekan FKPM, Prof. Madya Massila Hamzah.

Sementara itu, Massila dalam ucapan aluannya memberitahu, usaha sama antara FKPM dengan 11 institusi tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif kerjasama globalisasi universiti yang diharap akan dapat menganjur dan menyusun aktiviti-aktiviti seperti latihan, kerjasama penyelidikan akademik dan industri serta rundingan luar dan e-Penerbitan.

“Usaha ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UiTM2025 yang menggalakkan pengantarabangsaan melalui program mobiliti staf dan pelajar menerusi rangkaian kerjasama yang melibatkan program akademik, penyelidikan, perkhidmatan, aktiviti perundingan serta melalui peningkatan dalam pengambilan ahli akademik antarabangsa,” ujarnya. – UTUSAN

Publisher

Files

MoU-UiTM-re-1.jpeg

Collection

Citation

“MASSCOMM UiTM METERAI PERJANJIAN DENGAN 11 INSTITUSI,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/146.

Output Formats