MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA UiTM DENGAN CYBERSECURITY MALAYSIA
Title

Subject
Uitm Dan Cybersecurity Malaysia Meterai Memorandum Perjanjian Bagi Menggalakkan Pembangunan Bidang Keselamatan Siber
Description
SHAH ALAM – 8 November 2021. Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti
Pengurusan Maklumat (FPM) dan CyberSecurity Malaysia hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA). Majlis diadakan secara maya di mana UiTM diwakili oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, sementara CyberSecurity Malaysia diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab FASc.MoA ini ditandatangani memandangkan pihak UiTM sentiasa peka dalam mengenal pasti kepentingan perkongsian pintar bersama institusi luar yang bertujuan untuk menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat kedua-dua pihak. Ini selaras dengan hala tuju dalam Pelan Strategik UiTM2025 iaitu “global branding and smart partnership” ke arah menjadikan UiTM “globally renowned university” menjelang tahun 2025.
Kerjasama ini juga seiring dengan education 5.0 serta keperluan industri yang secara langsung akan meningkatkan kebolehpasaran graduan. Pada masa yang sama, UiTM yakin bahawa melalui kerjasama seperti ini, pemindahan ilmu dan usahasama latihan kemahiran yang berterusan akan dapat melahirkan graduan profesional yang berpengetahuan luas dan cemerlang yang akhirnya mampu menyumbang kepada
pembangunan dirinya, masyarakat dan negara. Dalam era dunia tanpa sempadan ini, jalinan kerjasama universiti dengan industri merupakan satu elemen penting bagi memastikan kejayaan dan kelestarian sesebuah organisasi.

Date
Collection
Citation
“MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA UiTM DENGAN CYBERSECURITY MALAYSIA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/175.