Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan DreamGP Corp., Jepun
Title
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan DreamGP Corp., Jepun
Description
Pemeteraian Memorandum telah ditandatangani YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib@ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM bersama En. Motohide Arayama, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat DreamGP Corp. dan disaksikan oleh YM Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidi, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM. Turut menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum ini, Prof. Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri ICAN, UiTM.
Inisiatif di antara pihak UiTM yang diterajui oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi bersama rakan strategik, DreamGP Corp. merupakan usahama di dalam bidang teknologi kasut sukan bagi membantu atlet meningkatkan prestasi serta mengurangkan kadar risiko kecederaan melalui pendekatan 'personalised footwear'.
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/darilensakorporat/posts/744694421032131
Collection
Citation
“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan DreamGP Corp., Jepun,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/534.