Misi Umrah dan Ziarah Haramain UiTM 1447H/2025M
Title
Description

Antara tujuan Program Umrah dan Ziarah Haramain UiTM 1447H/2025M adalah untuk ta'aruf dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan peserta, dan ini sangat terkait dengan kebersihan jiwa.
Rasulullah ﷺ bersabda:
الأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
“Roh-roh itu bagaikan pasukan yang dikumpulkan; maka yang saling mengenali akan bersatu, dan yang saling tidak mengenali akan berselisih.”
(Hadis sahih riwayat al-Bukhārī no. 3336, Muslim no. 2638)
Membawa maksud, roh orang-orang yang baik, ikhlas dan suci akan saling tertarik dan berhubungan, lalu mudah bersatu hati, InsyaAllah.
Antara kaedah pembersihan jiwa, menurut guru kami, adalah untuk sentiasa perbetulkan niat kerana Allah. Diriwayatkan oleh Umar bin al-Khattab RA:
عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
«إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا، أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ»
— رواه البخاري ومسلم
Daripada Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar bin al-Khattab RA berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat (balasan) apa yang diniatkannya. Barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu (dinilai) kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu (dinilai) kepada apa yang dia berhijrah kepadanya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Imam al-Syafi‘i pernah berkata: “Hadis ini masuk dalam 70 bab fiqh, dan merupakan sepertiga ilmu.”
Alhamdulillah, kami sama-sama perbetulkan niat masing-masing, tidak lain hanya kerana Allah. Mudah-mudahan keikhlasan niat itu menghilangkan galang dan batas untuk lebih mesra dan rapat. Semoga ukhuwah yang dijalin sejati hingga ke Jannatul Firdausi, InsyaAllah, Amin .
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#Merdeka
#MalaysiaMadaniRakyatDisantuni
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️