Perkongsian Hantaran : Pelantikan Prof. DR. Yamin Yasin Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa ) UiTM Yang Baharu
Title
Perkongsian Hantaran : Pelantikan Prof. DR. Yamin Yasin Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa ) UiTM Yang Baharu
Description
Perkongsian Hantaran :
-----------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------
"
PROF. DR. YAMIN YASIN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UiTM YANG BAHARU
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, menyampaikan surat pelantikan kepada Prof. Dr. Yamin Yasin sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa 25 Ogos 2025.
Prof. Dr. Yamin mempunyai pengalaman lebih sepuluh (10) tahun dalam hal ehwal pentadbiran universiti dan pernah memegang jawatan strategik termasuk Ketua Eksekutif INTEC Education College dari 2014 hingga 2019 serta Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan dari 2019 hingga kini.
Beliau berkelulusan dalam bidang Sains Kimia dan aktif menerajui beberapa kajian penyelidikan.
Kepakarannya turut diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila sering dijemput sebagai penyampai ucaptama dalam seminar dan persidangan ilmiah.
Antara tahun 2021 hingga 2023, beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan kerangka kurikulum akademik UiTM.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Akademik UiTM Negeri, Ahli Tetap Jawatankuasa Induk Kurikulum UiTM dan Ahli Jawatankuasa Induk Penilaian Akademik UiTM yang bertanggungjawab merangka kurikulum akademik universiti secara menyeluruh.
Kementerian yakin pengalaman dan reputasi cemerlang yang dimiliki beliau akan memperkukuhkan peranan UiTM sebagai pusat kecemerlangan ilmu seterusnya melahirkan graduan yang berdaya saing di pentas global serta menyumbang kepada kemajuan negara.
Sesi penyerahan surat pelantikan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), JPT, Ahmad Rizal Adnan.
Source
Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1A856tcCtd/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran : Pelantikan Prof. DR. Yamin Yasin Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa ) UiTM Yang Baharu,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1490.