THESE ARE TWO DIFFERENT STORIES WITH EQUAL IMPORTANCE
Title
THESE ARE TWO DIFFERENT STORIES WITH EQUAL IMPORTANCE
Description
THESE ARE TWO DIFFERENT STORIES WITH EQUAL IMPORTANCE.
On January 26, I delivered the 2022 Special Address to the Keluarga UiTM, highlighting the significant events of 2021 and taking the opportunity to congratulate our collective achievements and recognition. Under the theme "Global Competencies," I outlined five actions we can take to achieve GRU2025 despite the current problems and uncertainties in the world. The UiTM will continue to ensure that the 23 previously established KPIs are met in 2022. I believe that we can achieve the best results if we give it our all.
Alhamdulillah, recently, on February 10, I gave a Professorial Lecture titled "Managing University Data for Quality: From the Lens of a Practitioner”. This time, the event was held at the same venue in a hybrid format with both external and internal guests attending. Thus, I would like to thank Dato' Sri Dr Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Member of UiTM Board of Directors, Dato' Dr Haji Mansor Bin Haji Salleh, former Director of MARA Institute of Technology (ITM), former Vice Chancellor of UiTM, Prof. Emeritus Dato' Dr Hassan Said, Prof. Dr Nik Maheran Nik Muhammad who is performing the functions of Vice Chancellor of Universiti Malaysia Kelantan, executive management, senior management of Universiti Teknologi MARA, academicians and administrative staff. And not forgetting my dear family members and the entire Keluarga UiTM who have come to support me.
Why do I believe that these two events are equally significant? Because they convey an important message based on three key words: Strategies, Data, and Qualities that can ultimately help improve a university's position.
In the lecture, I spoke about "Representation and Misrepresentation of University Data," focusing on the challenges, the real-world implications for the university, and solutions that can be implemented using technological approaches such as Big Data Analytics, Artificial Intelligence (AI), Blockchain, and Personalised Learning.
I encourage you to get a copy of my book from UiTM Press for a more detailed explanation of the lecture that I gave during the event.
Unleash the power of data with knowledge and insights because it can drive the mission and vision of the organisation. Our focus is on technology and data. We are talking about humanising technology and now it's time for us to humanise the quality of data.
INI ADALAH DUA KISAH BERBEZA TETAPI MEMPUNYAI SIGNIFIKAN YANG SAMA.
Pada 26 Januari yang lalu saya telah menyampaikan Amanat Tahun 2022 kepada keluarga UiTM, saya menyorot kembali peristiwa – peristiwa penting yang berlaku sepanjang 2021 dan mengambil peluang mengucapkan tahniah atas kejayaan dan pengiktirafan yang kita capai bersama. Bertemakan “Kompetensi Global” saya telah menggariskan lima langkah untuk kita mencapai GRU2025 meskipun cabaran dan ketidakpastian yang dunia hadapi masa kini. Tahun 2022, UiTM akan terus memastikan 23 KPI yang ditetapkan sebelum ini terus dicapai. Saya percaya kita mampu menghasilkan yang terbaik jika kita memberikan yang terbaik, “give our best to be the best”.
Kemudian pada 10 Februari baru-baru ini, Alhamdulilah saya telah menyampaikan Syarahan Profesor yang bertajuk “Managing University Data for Quality: From the Lens of A practitioner”. Berlangsung di lokasi yang sama secara hibrid, kali ini ia melibatkan tetamu jemputan luar dan dalaman. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir antaranya, Dato' Sri Dr. Haji Irmohizam Haji Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah, UiTM, Dato' Dr. Haji Mansor Bin Haji Salleh, Mantan Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM), Mantan Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad menjalankan fungsi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Pengurusan Eksekutif, Pengurusan Kanan Universiti Teknologi MARA, Ahli-Ahli Akademik & Pentadbiran Universiti. Dan yang istimewa, ahli keluarga yang saya kasihi, serta seluruh keluarga UiTM yang hadir memberi sokongan.
Kenapa kedua – dua acara ini saya katakan mempunyai signifikan yang sama pentingnya? Kerana ia menyampaikan perihal yang bertunjangkan kepada 3 kata kunci; strategi, data, dan kualiti yang akhirnya boleh membantu dalam melonjak sesebuah universiti.
Dalam syarahan tersebut saya kongsikan (pernyataan dan pernyataan salah tentang data universiti) “representation and misrepresentation of university data”, dengan memberi fokus terhadap cabaran, natijah yang dihadapi, solusi yang boleh dipraktikkan dengan pendekatan teknologi seperti Analitik Data Raya, Kecerdasan Buatan (AI), Blockchain dan “Personalised Learning”.
Justeru, saya mensyorkan anda semua untuk mendapatkan buku saya yang diterbitkan oleh Penerbit UiTM bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci tentang syarahan yang saya sampaikan tempoh hari.
“Unleash the power of data with knowledge and insights” kerana ia boleh memacu misi dan visi sesebuah organisasi. Tumpuan kita adalah terhadap teknologi dan data. Kita berbicara tentang menginsankan teknologi dan kini saat untuk kita menginsankan pula data untuk kualiti.
Source
Citation
“THESE ARE TWO DIFFERENT STORIES WITH EQUAL IMPORTANCE,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/191.