Majlis Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UiTM Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi
Title
Majlis Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UiTM Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi
Subject
Tadbir Urus Perolehan, Integriti, Libat Urus Institusi, Kementerian Pendidikan Tinggi, UiTM
Description

Selesai urusan Amanat, majlis meraikan CEO@Faculty dan libat urus PLPU bersama MEU, lewat petang semalam kami ke ILD pula, hadir di majlis perasmian Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UITM Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) oleh YBhg. Datuk Ramzi bin Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) yang juga Ahli LPU UiTM.
Peserta terdiri dari Jurutera (J), Pegawai Teknologi Maklumat (F) dan Pegawai Kewangan (W) dari seluruh sistem UiTM membincang Dasar dan Tatakelola Perolehan (Bekalan / Perkhidmatan / Kerja), Pembelian Terus, Sebut Harga, Tender dan Rundingan Terus. Amanah, Integriti, ketelusan, kefahaman, kecekapan, ketepatan dan profesionalisma kunci utama.
Ini kali pertama Datuk Ramzi ke ILD, mengambil peluang membawa beliau melihat dan memberi penerangan kemudahan latihan dan penginapan yang disediakan di ILD.
Mengambil peluang juga dalam ucapan aluan, mengingatkan peserta tentang amanah dan tanggungjawab yang dipikul demi kelangsungan pendidikan anak bangsa. Mengingat diri dan peserta setiap perkara akan kelak disoal oleh Allah swt. dan mengelakkan perkara yang tidak jelas.
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
«إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ…
Daripada al-Nu‘man bin Bashir r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang samar-samar, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang menjauhi perkara syubhah, dia telah menjaga agama dan maruahnya. Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhah, maka dia telah terjatuh ke dalam perkara haram…”
Riwayat al-Bukhari (Hadis no. 52)
Riwayat Muslim (Hadis no. 1599)
عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
«لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ:
عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ،
وَعَنْ عِلْمِهِ مَاذَا عَمِلَ بِهِ،
وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ،
وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَا أَبْلَاهُ»
Daripada Abu Barzah al-Aslami r.a., Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia ditanya tentang empat perkara:
tentang umurnya, ke mana dihabiskan;
tentang ilmunya, apa yang telah diamalkan;
tentang hartanya, dari mana diperoleh dan ke mana dibelanjakan;
dan tentang tubuh badannya, untuk apa digunakan.”
Hasan Sahih Riwayat al-Tirmizi (Hadis no. 2417)
Semoga Allah memberi kita kekuatan, pertolongan dan kemudahan untuk melaksanakan amanah yang berat ini, amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
CEO@Faculty, Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UITM,
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Hadith), Arabic (Jawi), English
Type
Social Media Posting, Event Activity Record
Coverage
Institut Latihan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1ACGzDiUQd/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Program Libat Urus Semakan Dasar Perolehan UiTM Bersama Kementerian Pendidikan Tinggi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1917.