Perasmian Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier)

Title

Perasmian Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier)

Subject

Karnival Jom Masuk Universiti; JMU 2026; Kemasukan Pelajar IPT; Pendidikan Tinggi Malaysia; UiTM

Description


Petang tadi di Putrajaya, menghadiri perasmian Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier) yang dikendalikan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam (BKPA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Menteri menjelaskan bahawa kerajaan sedang giat melaksanakan transformasi sistem pendidikan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang bertujuan melahirkan generasi berdaya saing dalam tempoh sedekad akan datang.

Karnival JMU 2026 bertemakan “Dream Big, Inspiring Your Next Step” disertai sebanyak 62 buah reruai pameran melibatkan Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS dan MARA, disediakan sepanjang empat (4) hari karnival berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula 29 Januari lalu.

Turut hadir barisan kepimpinan tertinggi KPT termasuk Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato’ Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah, Naib Canselor UPNM, Lt. Jen. Datuk Wira Arman Rumaizi Haji Ahmad; serta rakan-rakan Naib Canselor awam dan swasta.

Turut sama menyantuni pelajar dan ibu bapa yang singgah di reruai UiTM, dan sempat membuat profil ringkas pelajar bagi mencadangkan bidang pengajian yang sesuai dengan minat dan profil pelajar, Insya-Allah.

UiTM Pilihan Nombor 1!

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Universiti Teknologi MARA, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Karnival Jom Masuk Universiti (JMU)

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting, Event Coverage

Coverage

Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CDxwLEzVu/

Files

Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (1).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (2).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (3).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (4).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (5).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (6).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (7).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (8).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (9).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (10).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (11).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (12).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (13).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (14).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (15).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (16).jpg
Karnival Jom Masuk U Di Putrajaya (17).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perasmian Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Wilayah (Premier),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1924.

Output Formats