
Tahniah kepada Tn. Hj. Abdul Aziz bin Othman dan Pn. Hajah Halimatun Saadiah binti Mohamed Yusof atas penerimaan menantu semalam, dan terima kasih atas undangan ke majlis resepsi anakanda Harith Abdullah dan pasangannya Nabilah Ghazali. Tahniah!
Tn. Hj. Aziz, Managing Director / Chief Executive Officer, PETRONAS Gas Berhad, sahabat kami sesama jemaah KT46B musim haji tahun 1444H/2022M. Menggunakan peluang di majlis untuk menaut kembali ukhuwah sahabat haji, melepaskan rindu dan mengulang cerita-cerita haji selepas COVID-19. Waktu itu, jemaah tidak sampai pun satu juta. Alhamdulillah, dinding penghadang Kaabah dibuka beberapa hari sebelum kami bergerak ke Madinah. Rezeki juga dapat masuk ke Hijir, namun dalam kumpulan kami hanya seorang direzekikan dapat mencium Hajar al-Aswad, Tn. Hj. Tajul.
Pn. Hajah Halimatun menyambut hari lahir di Mataf di hadapan Kaabah, manakala Tn. Hj. Aziz di Raudah. Ada juga rakan yang berpeluang menaiki kelas perniagaan ketika pulang, sempena hari lahir juga. Semua ini merupakan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Persahabatan kerana Allah juga adalah nikmat rezeki yang dikurniakan. Alhamdulillah.
Moga kita tergolong dalam kalangan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak, amin.
Sabda Nabi Muhammad SAW:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ:
إِمَامٌ عَادِلٌ،
وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ،
وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ،
وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ،
وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ،
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ،
وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ.
“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya:
- Pemimpin yang adil
- Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
- Dua orang yang saling mencintai kerana Allah — bertemu dan berpisah kerana-Nya
- Lelaki yang diajak oleh wanita yang berkedudukan dan cantik, lalu dia berkata: ‘Sesungguhnya aku takut kepada Allah’
- Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya
- Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu mengalir air matanya”
(Sahih al-Bukhari 660, Sahih Muslim 1031)
Direzekikan bergambar bersama pasangan masing-masing berlatarbelakangkan kubah hijau, Makam Nabi ﷺ. Alhamdulillah, bukan AI ya.
Al-Fatihah buat Allahyarham Dr. Ramli, sahabat kami yang telah mendahului kembali bertemu Ilahi.
Terserempak juga dengan Datuk Rahim dan Prof. Datin Suzana, lama tidak bertemu.