CTWR 2022 EPISODE 3 WITH PROF DR HARIRI ABDULLAH & PROF MADYA DR SITI AEKBAL SALLEH
Title
CTWR 2022 EPISODE 3 WITH PROF DR HARIRI ABDULLAH & PROF MADYA DR SITI AEKBAL SALLEH
Description
BULLETIN : CTWR 2022 EPISOD 3
CTWR 2022 EPISODE 3 WITH PROF DR HARIRI ABDULLAH & PROF MADYA DR SITI AEKBAL SALLEH
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! We have once again struck a balance between leisure and informative content.
This episode was successfully broadcast on the UiTM's YouTube channel. We broadcast online from Campus Bean Café UiTM-MTDC Technopreneur Centre on 17 March 2022.
CTWR 2022 Episode 3 was also graced by a musical performance by 2 lecturers of the College of Creative Arts, namely Encik Mohd Kamrulbahri Hussin & Encik Abdullah Mohd Redza.
This time, I invited Professor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah, Deputy Vice Chancellor for Industry, Community and Alumni of UiTM and Assoc. Prof Dr Siti Aekbal Salleh, Head of Sustainable Technology from the Institute of Biodiversity and Sustainable Development (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam to talk about “Globalgoals: UiTM at the Forefront in Community Development”.
In this episode, Prof Dr Hariri shared about UiTM's collaboration with industry and the community in both internal and external contexts, using the principles of SDG 17 to achieve GRU2025.
Prof Dr Hariri and I also spoke about the role of ICAN and UiTM in creating collaborations and networks by leveraging the strengths of UiTM; namely UiTM staff, students and alumni, to market expertise and innovative products to empower community development.
In summary, following the motto "Do not deliver the message, create the messenger", Prof Dr Hariri believes that the involvement of all parties in UiTM with UiTM Global Goals projects such as Prihatin UiTM-Perhilitan, and SEA Rainforest Research Partnership is the best formula to ensure sustainability projects and open the eyes of the world that UiTM cares and in return recognises UiTM’s contribution to the achievement of the Global Goals as defined in SDG17.
According to Dr Siti Aekbal, community development shapes the quality of life, which includes aspects of planning to provide better facilities for the community. Community development is an important issue that requires expert input, intervention and a collective response from all parties to solve a problem.
We also talked about UiTM's collaboration with the public and private sectors in community development such as the Better Futures project, an international volunteer programme, and the World Merit projects run by UiTM. The involvement of UiTM students in these community service activities at national and international level will help to align their thinking with GRU2025. IBSD's contribution to SDG17 is through collaborations with big companies like TNB and Ranhill in the areas of data and asset management, as well as disaster risk. Not to forget that IBSD has also had excellent collaborations with Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) and Institute for Medical Research (IMR).
To conclude, Dr Aekbal said the formula to ensure the sustainability of community development can be achieved through the seven pillars of inclusivity, namely action through access, attitudes, and choices of each individual, sustainability through effective partnership, communication, and the formula through policymaking and opportunities.
I would like to thank the entire CTWR members, the technical teams, the performers from the College of Creative Arts and of course, both panelists, Professor Dr Mohamad Hariri Hj. Abdullah and Assoc. Prof Dr Siti Aekbal Salleh.
I'll see you at CTWR Episode 4!
Pictures: Communications Department
CTWR 2022 EPISOD 3 BERSAMA PROF DR HARIRI ABDULLAH & PROF MADYA DR SITI AEKBAL SALLEH
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Sekali lagi CTWR 2022 Episod 3 telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Episod kali ini berlangsung dengan jayanya pada 17 Mac 2022, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Campus Bean Café UiTM-MTDC Technopreneur Centre.
CTWR 2022 Episod 3 turut diserikan oleh persembahan muzik daripada dua pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif iaitu Encik Mohd Kamrulbahri Hussin & Encik Abdullah Mohd Redza.
Pada kali ini, saya telah menjemput dua tamu panelis untuk membincangkan mengenai “Globalgoals: UiTM At the Forefront in Community Development”, iaitu Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah - TNC (Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Prof Madya Dr Siti Aekbal Salleh,Ketua Teknologi Lestari, Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Dalam episod kali ini, Prof Dr Hariri telah kongsikan penglibatan UiTM dengan industri dan komuniti dalam konteks dalaman dan luaran, dengan menggunakan prinsip SDG 17 untuk mencapai GRU2025.
Saya dan Prof Dr Hariri juga berbincang mengenai peranan ICAN dan UiTM dalam mewujudkan kolaborasi dan jaringan dengan menggunakan kekuatan UiTM iaitu staf, pelajar dan alumni UiTM untuk memasarkan kepakaran dan hasil inovasi untuk memperkasakan pembangunan komuniti.
Secara rumusannya, dengan menggunakan slogan “Do not deliver the message, create the messenger”, Prof Dr Hariri berpendapat keterlibatan semua pihak di UiTM dengan projek-projek Global Goals UiTM seperti Prihatin UiTM-Perhilitan, dan SEA Rainforest Research Partnership adalah formula terbaik untuk memastikan kelangsungan projek-projek dan dapat membuka mata dunia bahawa UiTM prihatin dan seterusnya merperakui sumbangan UiTM mencapai Global Goals mengikut definisi SDG17.
Dalam episod kali ini, Prof Madya Dr Siti Aekbal juga telah berkongsi berkenaan pembangunan komuniti yang merupakan pembentuk kualiti kehidupan yang melibatkan aspek perancangan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat. Pembangunan komuniti ini merupakan isu penting yang memerlukan input dari pakar, campur tangan dan respon secara kolektif dari semua pihak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Saya dan Dr Siti Aekbal juga berbincang mengenai kolaborasi UiTM dengan sektor awam dan swasta, di dalam pembangunan komuniti seperti projek Global Volunteering Program, yang merupakan program sukarelawan peringkat antarabangsa dan projek-projek kelolaan World Merit UiTM. Keterlibatan pelajar-pelajar UiTM di dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat nasional dan antarabangsa akan mendedahkan minda mereka ke arah GRU2025.
Sumbangan kepakaran dan penglibatan IBSD untuk SDG17 adalah melalui kerjasama penyelidikan bersama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Institute for Medical Research (IMR), dan syarikat-syarikat besar seperti TNB dan Ranhill dalam pengurusan data dan asset serta risiko bencana, juga turut menyumbang kepada ketampakan UiTM.
Secara rumusannya, Dr Siti Aekbal berpendapat bahawa formula untuk memastikan kelangsungan pembangunan komuniti dapat dicapai dengan menggunakan tujuh tunjang inclusivity iaitu action melalui akses, sikap dan pilihan setiap individu, manakala sustainability melalui partnership dan komunikasi yang berkesan dan formula menerusi pembentukan polisi dan peluang.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah-pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdullah dan Prof Madya Dr Siti Aekbal Salleh.
Jumpa lagi di CTWR Episod 4!
Gambar: Jabatan Komunikasi
Source
Date
Citation
“CTWR 2022 EPISODE 3 WITH PROF DR HARIRI ABDULLAH & PROF MADYA DR SITI AEKBAL SALLEH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/217.