Tahniah kepada Universiti - Universiti Malaysia yang Tersenarai dalam QS World University Rankings 2027

Title

Tahniah kepada Universiti - Universiti Malaysia yang Tersenarai dalam QS World University Rankings 2027

Subject

S World University Rankings 2027, UiTM, Universiti Malaysia, Pendidikan Tinggi, Universiti Penyelidikan, QS WUR 2027, Kecemerlangan Universiti, Pengiktirafan Global

Description


Alhamdulillah, syukur kepada Allah jua, walau pelbagai rintangan dan cabaran, khususnya defisit kewangan, UiTM adalah antara 32 Universiti Malaysia tersenarai di QS WUR 2027, tahniah juga kepada 5 Universiti Penyelidikan dikelompok 160 terbaik dunia, Syabas dan Tahniah!

Tahniah rakan-rakan RU!

  • Universiti Malaya (UM) – #56
  • Universiti Sains Malaysia (USM) – #128
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – #130
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) – #138
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – #158 
Yang terlebih penting adalah impak pencapaian ini kepada kualiti bakat dan peningkatan sosio ekonomi negara, tetapi tetap pencapaian ini mencerminkan kecemerlangan, daya saing dan pengiktirafan global terhadap kualiti pendidikan tinggi Malaysia, hasil komitmen berterusan seluruh warga akademia, penyelidik, pelajar dan pemegang taruh sektor pendidikan tinggi negara.

Tahniah kepada semua universiti tanah air atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk mengangkat nama Malaysia lebih tinggi di persada dunia.

Bersyukur dalam kerjaya kami yang faqir ini, direzkikan mencurah keringat di USM, UTP, MMU, UTeM dan kini di UiTM, Alhamdulillah. Mungkin dipandang enteng oleh sesetengah pihak, tapi bagi kebanyakan kita dilapangan, this is a lifetime commitment, perjuangan sepanjang kerjaya.

Tahniah kepada semua Warga UiTM!

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad

#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan pencapaian universiti-universiti Malaysia dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2027

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi), English

Type

Social Media Posting, University Ranking Achievement, Congratulatory Message

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17jz8PnBhL/

Files

726860772_1616171269480949_1744911535104915922_n.png
725860768_1026014339951361_8227586753903198379_n.jpg
727989348_1948799602438984_1594846413546924079_n.png

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Tahniah kepada Universiti - Universiti Malaysia yang Tersenarai dalam QS World University Rankings 2027,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed August 4, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2213.

Output Formats

Geolocation