Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Canseleri UiTM Shah Alam
Title
Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Canseleri UiTM Shah Alam
Subject
Program Antirasuah, Ikrar Bebas Rasuah, IBR, Jabatan Canseleri, UiTM Shah Alam, SPRM Negeri Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Integriti, Budaya Integriti, Antirasuah, Tadbir Urus, Akauntabiliti, Salah Guna Kuasa, Alumni UiTM, Pin Alumni UiTM, Warga UiTM
Description
Alhamdulillah, pagi tadi selesai Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) anjuran Jabatan Canseleri, UiTM Shah Alam bersama SPRM Negeri Selangor, yang menghimpunkan kira-kira 200 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Canseleri.
Majlis telah dihadiri oleh P/TPj Mohd Azwan bin Ramli, Pengarah SPRM Negeri Selangor. Dalam ucapan aluan kami telah menekankan kepentingan pembudayaan integriti dalam kalangan warga universiti dengan mengimbau sejarah dan tujuan penubuhan universiti keramat ini.
Program diteruskan dengan Tayangan Montaj Ikrar Bebas Rasuah dengan kemuncak majlis iaitu Sesi Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Mengetuai sendiri Lafaz Ikrar sebagai simbol komitmen menyeluruh Jabatan Canseleri dalam menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa.
Majlis menandatangani IBR ini turut disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Selangor sebagai tanda sokongan padu dan pengiktirafan terhadap usaha Jabatan Canseleri UiTM Shah Alam dalam memperkukuh budaya integriti dalam pentadbiran.
Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan UiTM dalam memastikan amalan tadbir urus yang telus, berakauntabiliti serta bebas daripada sebarang unsur rasuah.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan, bahan kempen antirasuah serta penyerahan cenderahati tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama erat SPRM Selangor dalam menjayakan program ini, sekali gus memperkasa agenda integriti dalam organisasi.
Kami sempat mengalong skaf dan menyemat Pin Alumni UiTM kepada Tuan Azwan yang merupakan Alumni UiTM dalam bidang perakaunan, Alhamdulillah.
Tahniah Terima Kasih kepada Dr Nini dan team, serta semua PNC, Pengarah dan warga Canselori yang hadir!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Format
Digital Text JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Message, Anti-Corruption Message, Appreciation Message
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BrrhsWe4W/
Collection
Citation
“Program Antirasuah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Canseleri UiTM Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2246.