Kem Perkampungan SPM 2024, Sekolah Menengah Sri Jementah, Segamat

Title

Kem Perkampungan SPM 2024, Sekolah Menengah Sri Jementah, Segamat

Description

Alhamdulillah berkat Jumaat, dalam perjalanan ke Kluang, pagi tadi sempat singgah di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat menghadiri Kem Perkampungan SPM 2024, Sekolah Menengah Sri Jementah, Segamat yang telah mengadakan Kem selama 2 hari di UiTM Cawangan Johor.
Dijemput untuk menyempurkan Majlis Penutup Kem juga turut menjadi jemputan khas sebagai motivator kepada pelajar.

Turut hadir, Yg Berusaha Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Cawangan Johor , Tuan Haji Abdul Rahman Kechik, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Segamat serta Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali yang merupakan Gurubesar sekolah Seri Jementah.
Kehadiran ke Majlis ini diusahakan oleh adinda tersayang kita, Cikgu Shazura, Tahniah juga atas lantikan baharu adinda sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seri Kenangan, Segamat, Johor.
Semoga anak-anak sekolah Seri Jementah semuanya berjaya dalam pelajaran direzkikan kejayaan hidup dunia dan akhirat, amin.

Rezki hari Jumaat juga sebelum itu bertemu sahabat karib sama-sama berjuang di Sekolah Tinggi Segamat dan ITM dulu, Cikgu Yazid & Isteri Cikgu Norashikin waktu singgah sarap makan Soto di Pekan Jementah. Moga saudaraku dan keluarga terus sihat.
Sebelah petang hadir di program LTAT Minggu Bersama Pencarum - Jelajah Selatan di Kluang. UiTM menawarkan Work Based Award kepada anggota tentera, usaha memperkasa Bumiputra akan diteruskan InsyaAllah.

Majlis di sempurnakan oleh YB MenHan dan sempat duduk dengan Panglima-Panglima. Istimewa juga kerana Yang Berbahagia General Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain Jantan juga orang Segamat, dia Kuala Paya kita Sepinang. Hari ni jumpa orang Segamat aje…
Sempat juga ngopi di Kluang Rail bersama warga ICEPS yang terlibat dalam projek MinDef mengukuh ukhwah kerja sekumpulan. Terima kasih warga Palapes UiTM dan ICEPS!

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/XMMKfiyScYjHKG4y/

Files

749-1.jpg
749-2.jpg
749-3.jpg
749-4.jpg
749-5.jpg
749-6.jpg
749-7.jpg
749-8.jpg
749-9.jpg
749-10.jpg
749-11.jpg
749-12.jpg
749-13.jpg
749-14.jpg
749-15.jpg
749-16.jpg
749-17.jpg
749-18.jpg
749-19.jpg
749-20.jpg

Collection

Tags

Citation

“Kem Perkampungan SPM 2024, Sekolah Menengah Sri Jementah, Segamat,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 15, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/749.

Output Formats

Geolocation