Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Terima Akreditasi MSQH

Title

Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Terima Akreditasi MSQH

Description

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) yang merupakan hospital pengajar universiti (HPU) bawah Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya memperoleh pensijilan penuh akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) untuk tempoh empat (4) tahun.

Sebagai HPU kedua yang menerima pensijilan tersebut, serta yang pertama berkonsepkan Private Finance Initiative (PFI) yang berjaya mendapat pengiktirafan dalam tempoh tiga tahun operasinya, pensijilan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi dan selamat.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang diwakili oleh Timbalannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah hadir ke majlis apresiasi bersempena penyerahan sijil tersebut di sini petang tadi.
Presiden MSQH, Norhaizam Mohammad telah menyerahkan replika sijil MSQH kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin.

Selain itu, Naib Canselor UiTM telah turut menerima Sijil Akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pihak Fakulti Perubatan UiTM sebagai pengiktirafan ke atas kejayaan fakulti tersebut dalam memperoleh akreditasi penuh bagi program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS 240) untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Dalam ucapan yang dibacakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha, YB Menteri telah menyatakan bahawa kejayaan ini bukan sahaja memacu ketampakan dan kehebatan UiTM sebagai institusi akademik terkemuka, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan profesional perubatan yang holistik dan berdaya saing.

Malah, pengiktirafan ini turut menunjukkan komitmen UiTM untuk terus meningkatkan kualiti dan piawaian program perubatan yang ditawarkan, selari dengan hala tuju strategik yang digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2023–2025.

Pada majlis tersebut itu juga, YB Timbalan Menteri telah turut menyerahkan dua (2) buah kenderaan jenis Proton X90 dan Toyota Hilux kepada Pengarah HASA, Prof. Dr. Mohd Zamrin Dimon, sebagai kegunaan Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS).

Program yang bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada komuniti itu, selaras dengan misi sosial UiTM untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
Di akhir ucapan, beliau telah merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerja keras dalam memastikan pencapaian cemerlang tersebut.

Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Dr. Zaini Ujang

#MalaysiaMADANI

Source

https://www.facebook.com/share/p/KMEkSSjWMwaCmryh/

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/KMEkSSjWMwaCmryh/

Files

750-1.jpg
750-2.jpg
750-3.jpg
750-4.jpg
750-5.jpg
750-6.jpg
750-7.jpg
750-8.jpg
750-1.jpg
750-9.jpg
750-2.jpg
750-10.jpg
750-3.jpg
750-11.jpg
750-4.jpg
750-5.jpg
750-6.jpg
750-7.jpg
750-8.jpg
750-9.jpg
750-10.jpg
750-11.jpg

Collection

Tags

Citation

“Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Terima Akreditasi MSQH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed October 15, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/750.

Output Formats

Geolocation