MOU antara AKE-UiTM menjalin kerjasama transformasi pendidikan awal kanak-kanak

Title

MOU antara AKE-UiTM menjalin kerjasama transformasi pendidikan awal kanak-kanak

Description

Alhamdulillah selesai Sesi 1 Konvokesyen ke 99 semalam, kembali bertugas seperti biasa sebelah petang menghadiri MOU antara AKE-UiTM menjalin kerjasama transformasi pendidikan awal kanak-kanak.

Pusat pendidikan, Al Kauthar Eduqids Sdn Bhd (AKE) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalinkan kerjasama strategik dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) buat julung kalinya dalam usaha mentransformasikan pendidikan awal kanak-kanak di negara ini. Inisiatif tersebut digerakkan di bawah seliaan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM selaku tonggak utama dalam merealisasikan kerjasama berkenaan.

Apabila 2 Alumni UiTM bertemu dengan DNA yang sama, Alhamdulillah berlaku sinergi. Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif AKE, Datuk Dr Bakhtiar Aliff Ibrahim, Alumni Kejuruteraan UiTM yang menawarkan geran RM50K kepada fakulti yang bakal terlibat dalam penyelidikan bersama. InsyaAllah usaha ini juga akan melibatkan pertukaran tenaga pengajar atau kakitangan, pembangunan sijil profesional buat guru tadika dan taska serta kursus latihan peningkatan kemahiran.

https://www.sinarharian.com.my/.../ake-uitm-jalin...

Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Source

https://www.facebook.com/VCUiTM

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/5efjvSnGpQNc8XV5/

Files

748.jpg

Collection

Citation

“MOU antara AKE-UiTM menjalin kerjasama transformasi pendidikan awal kanak-kanak,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/748.

Output Formats

Geolocation