IMT-GT UNINET Council Meeting di Universitas Sumatera Utara, Indonesia

Title

IMT-GT UNINET Council Meeting di Universitas Sumatera Utara, Indonesia

Subject

IMT-GT UNINET, UNINET Council Meeting, Kerjasama Serantau, Universiti Indonesia-Malaysia-Thailand, Universitas Sumatera Utara, Pembangunan Bakat, Sosioekonomi Serantau, Kesultanan Melayu Deli, Kesultanan Serdang, Kesultanan Langkat

Description



Salam Jumaat, Alhamdulillah, sejak semalam, hadir dan mempengerusikan IMT-GT UNINET Council Meeting di Universitas Sumatera Utara, Indonesia. UNINET adalah gabungan 36 universiti dalam subregion Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle, merangkumi Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.

10 Provinsi di Sumatra, 8 negeri di Semenanjung dan 10 provinsi Selatan Thailand.

Kerjasama yang telah melangkau 3 dekad sejak 1996, dan UNINET berdiri sendiri pada tahun 2017, UiTM telah di amanahkan untuk mempengerusikan UNINET sejak 2022. Seharusnya tempoh pengerusi hanya 3 tahun di gilirkan antara 3 negara, dan hajat pada kali ini ingin menyerahkan kepada Thailand, tunggu apa keputusan hari ini kerana Thailand memohon penangguhan.

Sebelah petang telah di bawa melawat Fakultas Kehutanan USU. Medan pernah mempunyai Kesultanan Melayu Deli, Kesultanan Serdang dan Kesultanan Langkat. Alhamdulillah memberi maklum kepada Dekan Kehutanan bahawa Serdang adalah pokok, Langkap juga pokok.

Terima kasih juga kepada Gabenor Sumatra Utara yang menyediakan jamuan makan malam selamat datang kepada delegasi UNINET, diwakili Bapak Sulaiman Harahap, S.H., M.SP., CGCAE, Penjabat (Pj.) Sekretaris Daerah Provinsi Sumatera Utara.

Semoga kerjasama ini memberi impak kepada pembangunan bakat dan sosio ekonomi serantau.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan menghadiri persidangan IMT-GT UNINET Council Meeting, Universitas Sumatera Utara, kerjasama universiti serantau Indonesia–Malaysia–Thailand

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Activity, International Collaboration, Regional Cooperation, Higher Education, University Leadership, Academic Networking

Coverage

  • Universitas Sumatera Utara, Medan, Sumatera Utara, Indonesia
  • Indonesia–Malaysia–Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Subregion

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1F8gNgZrqk/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “IMT-GT UNINET Council Meeting di Universitas Sumatera Utara, Indonesia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2298.

Output Formats