A NOTEWORTHY MOMENT WITH APPLE: WHERE CREATIVITY MEETS TECHNOLOGY

Title

A NOTEWORTHY MOMENT WITH APPLE: WHERE CREATIVITY MEETS TECHNOLOGY

Description

I am delighted to welcome the Apple Malaysia team, which includes Mrs. Wan Noraini Wan Daud (Leadership & Learning), Mr. Imran Shahid (Enterprise & Education Lead), and Mr. Abdul Muiz (Channel Business Development Manager).
Apple has been in the market for over 40 years to produce exceptional products that enrich people's lives. Mrs. Wan and Mr. Imran's presentations also shared new roles in jobs such as Chief Listening Officer. Listening is imperative in managing an organization, whether the business provides services or offers products to customers.
Apple is consistently improving the technology of the products it produces. Its innovations help prepare students for the future workforce in the new millennium. In the sharing session, the Apple team presented the various programmes that benefit the educational community consisting of students, educators, researchers and even education officials. Creativity, engineering, and medicine fields can take advantage of Apple technology that will improve the individual's quality of work and competencies, ensuring the country's competitive productivity.
Therefore, through my RT posting here, I would like to get feedback on the number of staff and students who are currently using Apple products for their teaching and learning purposes. InsyaAllah, we will hold Apple Day in UiTM to provide a more dynamic teaching and learning experience through various innovative programmes under Apple Education.
MOMEN BERMANFAAT DENGAN APPLE : DI MANA KREATIVITI & TEKNOLOGI DITEMUKAN.
Saya amat berbesar hati menerima lawatan daripada pasukan Apple Malaysia yang terdiri daripada Puan Wan Noraini Wan Daud (Leadership & Learning), Encik Imran Shahid (Enterprise & Education Lead), dan Encik Abdul Muiz (Channel Business Development Manager).
Apple telah berada dalam pasaran lebih dari 40 tahun dengan visi untuk melahirkan produk hebat yang memperkasa kehidupan masyarakat, pembentangan dari Puan Wan dan Encik Imran turut berkongsi mengenai peranan baharu dalam pekerjaan seperti Chief Listening Officer. Lihatlah betapa pentingnya untuk kita mendengar dalam menguruskan sesebuah organisasi tidak kiralah sama ada ia memberikan perkhidmatan atau menawarkan produk kepada pelanggan.
Apple secara konsisten menambahbaik teknologi produk yang dihasilkannya. Dalam pendidikan, inovasinya membantu menyediakan pelajar untuk bersedia dalam dunia pekerjaan alaf baharu. Dalam sesi perkongsian tersebut, pasukan Apple membentangkan program-program yang telah dijalankan bagi memanfaatkan komuniti pendidikan yang terdiri daripada pelajar, pendidik, penyelidik malah juga pegawai pendidikan. Bukan sahaja bidang kreativiti, malah sehinggakan ke bidang kejuruteraan dan perubatan boleh memanfaatkan teknologi Apple yang akan meningkatkan kualiti kerja dan kompetensi individu tersebut yang seterusnya memastikan produktiviti negara adalah kompetitif.
Sehubungan itu, menerusi hantaran RT saya pada kali ini saya ingin mendapatkan maklum balas berapa ramai staf dan pelajar yang kini menggunakan produk Apple bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran anda. InsyaAllah, kita akan mengadakan Apple Day in UiTM bagi memberikan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik menerusi pelbagai program inovatif di bawah Apple Education.

Source


Files

apple_4.jpg
apple_1.jpg
apple_2.jpg
apple_3.jpg
apple_5.jpg

Collection

Tags

Citation

“A NOTEWORTHY MOMENT WITH APPLE: WHERE CREATIVITY MEETS TECHNOLOGY,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/245.

Output Formats