The 3G SDGs Championship : UiTM Received Yet Another World Recognition
Title
The 3G SDGs Championship : UiTM Received Yet Another World Recognition
Description
Last year I joined the Malaysian Ministry of Higher Education in Expo 2020 Dubai and was one of the Future Digital Education forum panellists. This year I was very honored to receive an invitation from Cambridge IFA and Hawkamah Institute of Corporate Governance to attend the Global Good Governance 3G Awards 2022, which was also held in Dubai.
At this auspicious event Universiti Teknologi MARA (UiTM) was announced as recepient of the 3G SDGs Championship for facilitating digitisation as a solution and an enabler to deliver quality education beyond the borders of nations. The event was held on 18th May 2022 at the Conrad Hotel, Dubai. The 3G Awards is a premier awards programme that highlights excellence in good governance and commitment to social welfare in 3 major streams; Government & Politics, Corporate Sector and Social Sector & Philanthropy celebrates individuals, governments, public and private institutions, and NGOs that demonstrate making governance and sustainability a strategic priority of their organisations.
Keluarga UiTM! this is yet another world recognition to us
Having been established in 1956 with the mission to provide quality education to the less privileged people in underserved communities in Malaysia, UiTM had changed the lives of many by producing a myriad of professionals to fill the workforce demand from engineers to designers, simultaneously reshaping the landscape of human capital in the industry and economic capabilities of communities that it serves.
UiTM was the only university from Malaysia to win an award in a lineup of 51 winners, apart from three other Malaysian winners namely, RHB Bank Berhad, Sinar Mas Land, and DRB Hicom. UiTM’s strengths lie in its 1 UiTM:multisystem governance of agility and sustainable practices in order to govern over 35 campuses, 31 faculties, and academic centres with more than 500 academic programmes including 111 certified professional qualifications and more than 200 postgraduate programmes.
Poised to become a globally renowned university in 2025(GRU 2025), UiTM is positioning itself on the global stage with the backing of its contribution to the national agenda as a catalyst for the development of local economies. This is proven in the UiTM 20-Year Impact Study which evaluates the economic impact of UiTM’s existence. UiTM’s focus on the Twelfth Malaysia Plan 2021-2025 (12MP) is to further catalyse growth through talent development. Realising the need to restrategise in the post-pandemic scenario and in moving forward, UiTM has adopted the 3R strategy; reset its existing target, recover by restrategising, and restore stakeholders’ confidence by mapping to the next generation research needs - guided by SDG Mapping, and 10-10 MySTIE (Malaysia Science, Technology, Innovation and Engineering) Framework.
Prior to the awards ceremony, I was invited to speak on a panel with H.E Sawsan Al-Fahoum Jafar, Chairman of the Board and Founding Member of Friends of Cancer Patients, and Prof. Dr. Rahell Qamar, Director, Organisation of Islamic Education, Science, and Culture. Our discussion, moderated by Mr. Mufaddal Khumri, focused on global issues in Technology and Digital innovation, such as Good Governance for Diversity and Social Inclusion, Good Governance in achieving the United Nations' SDGs, as well as Sustainable Philanthropy and Capacity Building to Drive Long-Term Social Impact, in addition, panel members responded to the Moderator's question about women's empowerment. In short, I believe that women generally are to have more interest in detail.
Also, I addressed the audience saying that, I want the university (UiTM staff and students) to understand and realize the importance of the SDGs, therefore UiTM is committed to ensuring that the.global.goals reporting is published annually, so that we know where are we going in moving forward into the future. As a result, understanding the current state and measuring it using the appropriate methods is critical in our efforts to lead a succesful transformation.
Lastly, I'd like to thank Mr. Ahmad Darul Akmal Mohamed Ali (Education Malaysia, Dubai) and Mr. Khairul Nazri Mohamad Taib (Diplomatic Officer, Malaysian Consulate in Dubai) for their presence at the award ceremony to support UiTM.
ANUGERAH 3G SDGs : SATU LAGI PENGIKTIRAFAN DUNIA BUAT UiTM.
Tahun lepas saya menyertai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam Ekspo 2020 Dubai dan merupakan salah seorang ahli panel forum Pendidikan Digital Masa Depan. Pada tahun ini saya amat berbesar hati menerima jemputan daripada Cambridge IFA dan Hawkamah Institute of Corporate Governance untuk menghadiri Majlis Anugerah 3G Global Good Governance 3G- 2022, yang juga diadakan di Dubai.
Pada majlis yang gemilang ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah 3G SDGs atas inisiatif digitalisasi sebagai solusi dan pemacu dalam menyampaikan pendidikan berkualiti merentasi sempadan. Majlis telah diadakan pada 18 Mei 2022 di Hotel Conrad, Dubai. Anugerah 3G merupakan program anugerah perdana yang mengiktiraf kecemerlangan dalam tadbir urus yang baik dan komitmen terhadap kebajikan sosial dalam 3 cabang utama; Kerajaan & Politik, Sektor Korporat dan Sosial & Filantropi bagi meraikan individu, kerajaan, institusi awam dan swasta serta NGO yang membuktikan tadbir urus dan kelestarian sebagai keutamaan strategik organisasi mereka.
Keluarga UiTM! ini adalah satu lagi pengiktirafan dunia kepada kita.
Bermula pada tahun 1956 dengan misi untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada golongan bumiputera Malaysia yang kurang bernasib baik dari aspek ekonomi, UiTM telah mengubah kehidupan ramai golongan ini dengan melahirkan pelbagai tenaga profesional untuk memenuhi permintaan tenaga kerja antaranya dari jurutera sehinggalah pereka, pada masa yang sama universiti ini membentuk semula landskap modal insan dalam industri dan keupayaan ekonomi nusa bangsa.
UiTM merupakan satu-satunya universiti dari Malaysia yang memenangi anugerah dalam senarai 51 pemenang, selain tiga lagi pemenang dari Malaysia iaitu RHB Bank Berhad, Sinar Mas Land dan DRB Hicom. Kekuatan UiTM terletak pada tadbir urus 1 UiTM: multisistem di mana aspek tangkas dan amalan lestari untuk mentadbir lebih 35 kampus, 31 fakulti dan pusat akademik dengan lebih daripada 500 program akademik termasuk 111 kelayakan profesional yang diperakui dan lebih daripada 200 program pasca-siswazah, dilihat.
Dengan aspirasi menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025. Ketampakan UiTM di arena global didukung oleh sumbangannya dalam agenda nasional sebagai pemangkin terhadap pembangunan ekonomi tempatan. Ini terbukti dalam Kajian Impak 20 Tahun UiTM yang menganalisa impak ekonomi sepanjang kewujudan UiTM. Tumpuan UiTM pada Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMK-12) adalah untuk memangkin pertumbuhan melalui pembangunan bakat. Menyedari keperluan untuk menyusun semula strategi dalam senario pasca-pandemik demi memajukan UiTM, universiti ini telah menggunakan strategi 3R; menetapkan semula sasaran sedia ada, memulih dengan menyusun semula strategi, dan mengembalikan keyakinan pihak berkepentingan dengan memetakan kepada keperluan penyelidikan generasi akan datang - berpandukan Pemetaan SDG, dan Rangka Kerja 10-10 MySTIE (Sains, Teknologi, Inovasi dan Kejuruteraan Malaysia).
Sebelum majlis anugerah berlangsung, saya telah dijemput sebagai ahli panel forum bersama TYT Sawsan Al-Fahoum Jafar, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ahli Pengasas Friends of Cancer Patients, dan Prof Dr Rahell Qamar, Pengarah, Pertubuhan Pendidikan Islam, Sains, dan Kebudayaan. Perbincangan kami, yang dikendalikan oleh Encik Mufaddal Khumri, memfokuskan kepada isu global dalam Teknologi dan inovasi Digital, seperti Tadbir Urus Baik untuk Kepelbagaian dan Inklusiviti Sosial, Tadbir Urus yang Baik dalam mencapai SDG yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, serta Filantropi Mampan dan Pembinaan Kapasiti untuk Memacu Impak Sosial Jangka Panjang, di samping itu, ahli panel turut memberi respon soalan Moderator tentang pemerkasaan wanita. Secara ringkasnya, saya percaya bahawa wanita secara amnya mempunyai kecenderungan terhadap perincian yang rapi.
Dalam pada itu, saya juga berkongsi kepada hadirin yang hadir dengan mengatakan bahawa, saya mahu universiti ini (warga dan pelajar UiTM) memahami dan menyedari kepentingan SDG, oleh itu UiTM komited untuk memastikan pelaporan the.global.goals diterbitkan setiap tahun, supaya kita tahu ke mana kita akan melangkah dalam menelusuri masa hadapan. Oleh itu, memahami keadaan semasa dan mengukurnya menggunakan kaedah yang sesuai adalah penting dalam usaha kita untuk menerajui transformasi yang membuahkan kejayaan.
Akhir sekali, saya juga ini mengucapkan terima kasih kepada Encik Ahmad Darul Akmal Mohamed Ali (Education Malaysia, Dubai) dan Encik Khairul Nazri Mohamad Taib (Pegawai Diplomatik, Konsulat Malaysia di Dubai) yang turut bersama UiTM sebagai tanda sokongan semasa malam penganugerahan.
Source
Date
Collection
Citation
“The 3G SDGs Championship : UiTM Received Yet Another World Recognition,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/261.