UiTM Welcomes Tuanku Raja Muda Perlis' Call To Establish A Woodball Team

perlis_1.jpg
perlis_2.jpg
perlis_3.jpg
perlis_4.jpg

Title

UiTM Welcomes Tuanku Raja Muda Perlis' Call To Establish A Woodball Team

Description

Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, His Royal Highness the Raja Muda of Perlis, recently travelled to the UiTM Perlis Branch Open Woodball Tournament 2022, held in conjunction with the 79th birthday celebration of His Royal Highness Tuanku Raja Perlis at Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis Branch.
UiTM welcomed Tuanku Raja Muda's suggestion to encourage staff and students to participate in the Woodball game. Tuanku Raja Muda also shared the uniqueness of the woodpecker sounds created by Abu Hassan Adam, a member of the Perlis Woodpecker team. Besides, Woodpecker is also the official mascot of the team. The team has achieved great success in various categories in which they have competed. In a statement, Tuanku Raja Muda also announced that I am the first Vice-Chancellor to attend the Woodball tournament. InsyaAllah, each UiTM campus will field a Woodball team coordinated by the Sports Centre and the Faculty of Sports Science and Recreation. Menjunjung Kasih Tuanku.
Tuanku Raja Muda, who is also the royal patron of the Perlis Woodball Association, hopes that organising this tournament will be a preparation for bigger tournaments like the Malaysian Woodball International Open Championship. The UiTM Perlis Branch finished third in the open mixed doubles category of this event thanks to players Bahrin Ismail and Norazah Halib. I think this is a good starting point for us to improve in the future. Pahang, Penang, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor and Perlis were represented with 19 groups and a total of 223 participants.
Finally, I would like to thank Ms Elain Tan, President of Woodball Malaysia, and Datuk Kamarudin Hussin, President of Woodball Perlis, for their cooperation in organising this event. Congratulations to Associate Professor Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rector of UiTM Perlis Branch, and the staff and students who contributed to the success of the UiTM Perlis Branch Open Woodball Championship 2022 in conjunction with DYMM Tuanku Raja Perlis' 79th birthday. To the main sponsors, PriMA and other sponsors, we thank you for your support.

UiTM SAMBUT BAIK TITAH TUANKU RAJA MUDA PERLIS WUJUDKAN PASUKAN WOODBALL.
Baru – baru ini, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berangkat ke Kejohanan Woodball Terbuka UiTM Cawangan Perlis 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan yang ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis yang diadakan di Dewan Sri Semarak, UiTM Cawangan Perlis.
UiTM menyambut baik titah Tuanku Raja Muda untuk menggalakkan penyertaan warga UiTM untuk terlibat dalam sukan Woodball. Dalam pada itu, Tuanku Raja Muda turut berkongsi mengenai keunikan bunyi Woodpecker yang dihasilkan Abu Hassan Adam - ahli pasukan Perlis Woodpecker. Woodpecker juga, adalah Maskot rasmi pasukan tersebut. Pasukan ini telah meraih kemenangan besar bagi pelbagai kategori yang dipertandingkan. Dalam titahnya, Tuanku Raja Muda turut menyatakan saya adalah Naib Canselor yang pertama hadir ke kejohanan Woodball. InsyaAllah setiap kampus UiTM akan mewujudkan pasukan Woodball yang dikoordinasikan oleh Pusat Sukan dan Fakulti Sains Sukan & Rekreasi. Menjunjung Kasih Tuanku.
Tuanku Raja Muda yang juga Penaung Diraja Persatuan Woodball Negeri Perlis, berharap penganjuran kejohanan ini akan memberi persediaan terhadap kejohanan yang lebih besar seperti “Malaysian Woodball International Open Champhionship”.
Dalam kategori beregu campuran terbuka kejohanan ini, UiTM Cawangan Perlis telah mendapat tempat ketiga menerusi pemain; Bahrin Ismail dan Norazah Halib. Saya berpandangan ini adalah satu permulaan yang baik untuk kita perbaiki pada masa hadapan. Untuk rekod, 19 kumpulan yang terdiri dariapda 223 orang peserta telah bertanding mewakili Pahang, Pulau Pinang, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor dan Perlis.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Elain Tan, Presiden Woodball Malaysia, dan Datuk Kamarudin Hussin, Presiden Woodball Perlis dalam kerjasama penganjuran acara sukan ini. Syabas kepada Profesor Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi, Rektor UiTM Cawangan Perlis serta warga staf dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Woodball Terbuka UiTM Cawangan Perlis 2022 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan yang ke-79 DYMM Tuanku Raja Perlis. Kepada penaja utama, PriMA serta para penaja lain, kami ucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Source


Collection

Tags

Citation

“UiTM Welcomes Tuanku Raja Muda Perlis' Call To Establish A Woodball Team,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/263.

Output Formats