The Combined Input Module From UiTM And McD Malaysia Will Add Value To Academic Quality, Preparing Nation's Future Talents

Title

The Combined Input Module From UiTM And McD Malaysia Will Add Value To Academic Quality, Preparing Nation's Future Talents

Description

On a blessed Friday, the Apprenticeship Programme and Memorandum of Understanding between UiTM and McDonald's Malaysia was signed by both parties. The event was opened with "Raikan Senyuman" in collaboration with UiTM GESTURZ and RMHC (Ronald McDonald's House Charities). I was delighted to see 19 of our student volunteers together with 20 orphans from Cahaya Kasih Bestari Care Centre/Kasih Bestari Charity House participate in a batik activity led by Ms Noriza Arzain, Fellow (Curatorial Affairs) UiTM GESTURZ and UiTM Alumni, Ms Aida Batrisyia Azliman, Creative Director of Teja Art & Crafts.
I saw YB Senator Dato 'Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Deputy Minister of Higher Education, and Dato 'Azmir Jaafar, Managing Director and Local Operating Partner of McDonald's Malaysia, doing batik activities with the workshop participants. Dato 'Azmir even bought the best batik work of the participants worth RM5,000.00 which was donated to Cahaya Kasih Bestari Care Centre/Kasih Bestari Charity House. Many thanks to Dato 'Azmir who is also the President of RMHC.
Dato' Azmir's story was incredibly inspiring to all of us. He started his career as a restaurant worker at Sungei Wang Plaza branch in 1992 and lo and behold, he is now number one at McDonald's Malaysia. He also shared how UiTM can enhance the marketability of graduates. YB Dato 'Masrizal's speech was very encouraging to all of us. His appeal for "budi" and his comments on the deep meaning of "reconnect" in UiTM tvc were much appreciated. In his speech, YB Dato' Masrizal said, "Success depends on the individual, not the story or the place he/she is in." He urged the UiTM to explore the impact of the apprenticeship programme so that more private companies come on board.
I will ensure that research begins with consideration of the key components he mentioned, which include knowledge, skills, attitudes, and symbiotic connections of Keluarga Malaysia to ensure the sustainability of the country. Meanwhile, the combined input module from UiTM and McD Malaysia will add value to the academic quality that will prepare the future talents of the nation.
The main campus in Shah Alam and the other 12 branch campuses; Samarahan, Kota Kinabalu, Machang, Dungun, Raub, Arau, Merbok, Permatang Pauh Seri Iskandar, Seremban, Segamat and Melaka City attended the event, together with the McDonald's outlets nearby where earlier a briefing session was held by Ms Amirah, a representative of McD Malaysia.
The collaboration between UiTM and McD Malaysia is coordinated by the Vice-Chancellor's Office under VCOSP (Vice-Chancellor's Special Projects) and consists of three programmes: the Management Apprentice Programme (MAP), the Graduate Employability Programme (GEP) and the Internship Programme (IP), all of which aim to provide career opportunities to students from diverse backgrounds, including B40 students and people with special needs such as persons with disabilities (OKU).
UiTM is targeting the participation of 4,000 students from 35 campuses in this programme, which is in line with the University's agenda to strengthen the employability of graduates in line with the Ministry of Higher Education's Strategic Plan 2021-2025, resulting in competent graduates as envisaged in GRU2025.
McDonald's will play its part in youth employability. The company aims to create 50,000 new jobs by 2026 and intends to invest RM300 million in training and development programmes.
I would like to thank everyone from UiTM, McD Malaysia and RMHC for helping to make this event a success and coordinating the MoU projects and activities between the two.
Finally, I would like to thank Datuk Seri Haji Mohammed Nasir, the Director of Government Relations of McD Malaysia, Prof. Dr. Mohamad Hariri Abdulah DVC of ICAN, Mr. Hilmy Sulaiman, the Senior Director of Legal & Franchise of McD Malaysia, and Mr. Mohd Nasri Nordin, the General Manager of RMHC.
Watch the recording of the briefing and launch of the training programme as well as the signing of the MoU between UiTM and McD Malaysia at the following link. https://www.youtube.com/watch?v=UkKLGS45M3s

MODUL GABUNGAN INPUT DARI UiTM DAN MCD MALAYSIA AKAN MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA KUALITI AKADEMIK YANG AKAN MEMPERSIAP SIAGA BAKAT MASA DEPAN NEGARA.
Hari Jumaat yang penuh keberkataan, Program Perantis dan Majlis MoU di antara UiTM dan McDonald’s Malaysia dimeterai. Acara dimulakan dengan “Raikan Senyuman” kerjasama UiTM GESTURZ dan RMHC (Ronald McDonald’s House Charities). Gembira saya melihat 19 mahasiswa sukarelawan kita yang bersama dengan 20 orang anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari/Rumah Amal Kasih Bestari mengadakan aktiviti batik yang diketuai oleh Puan Noriza Arzain, Felo (Hal Ehwal Kuratorial) UiTM GESTURZ serta dibimbing oleh alumni UiTM, Puan Aida Batrisyia Azliman, Pengarah Kreatif Teja Art & Crafts.
Saya melihat YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia seronok melakukan aktiviti batik bersama para peserta bengkel, malah Dato’ Azmir juga membeli karya-karya batik terbaik peserta bengkel bernilai RM5 ribu di mana ia disalurkan ke Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari/Rumah Amal Kasih Bestari. Terima Kasih, Dato’ Azmir selaku presiden RMHC.
Saya tertarik dengan kisah Dato’ Azmir yang sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Bermula sebagai kru restoran di cawangan Sungei Wang Plaza pada 1992 kini beliau adalah orang No.1 McDonald’s Malaysia. Beliau juga turut berkongsi formula bagaimana UiTM boleh tingkatkan kebolehpasaran graduan. Ucapan YB Dato’ Masrizal pula sangat membangkit semangat kami semua, seruan beliau mengenai “budi” dan mengulas mengenai mesej-mesej mendalam “reconnect” dalam video UiTM amat kami hargai. “Sesebuah kejayaan bergantung kepada individu tersebut, bukan bergantung kepada sejarah atau di mana dia berada”, pesan YB Dato’ Masrizal dalam ucapan beliau yang turut memberi cadangan agar UiTM menjalankan kajian keberkesanan program perantis supaya lebih banyak syarikat swasta berminat mewujudkannya.
Justeru, saya akan memastikan kajian tersebut dimulakan dengan mengambil kira komponen-komponen yang signifikan seperti yang dinyatakan oleh beliau iaitu ilmu, kemahiran, sikap dan hubungan simbiotik keluarga Malaysia dalam menjamin kelestarian negara. Dalam pada itu, modul gabungan input dari UiTM dan McD Malaysia akan memberi nilai tambah kepada kualiti akademik yang akan mempersiap siaga bakat masa depan negara.
12 kampus cawangan iaitu Samarahan, Kota Kinabalu, Machang, Dungun, Raub, Arau, Merbok, Permatang Pauh, Seri Iskandar, Seremban, Segamat dan Bandar Raya Melaka telah bersama dengan kampus induk Shah Alam secara hibrid sepanjang acara ini bersama cawangan-cawangan McD yang berhampiran, di mana terdahulu sesi taklimat telah disampaikan oleh Cik Amirah, wakil dari McD Malaysia.
Diselaraskan oleh Pejabat Naib Canselor di bawah VCOSP (Vice-Chancellor’s Special Projects) kerjasama UiTM dan McD Malaysia membabitkan tiga program iaitu ; Management Apprentice Programme (MAP), Graduate Employability Programme (GEP) dan Internship Programme (IP) yang bermatlamat menyediakan peluang kerjaya untuk penuntut daripada pelbagai latar belakang, termasuk penuntut B40 serta individu berkeperluan khas seperti OKU.
UiTM mensasarkan 4,000 penuntut daripada keseluruhan 35 kampusnya menyertai program ini yang selari dengan agenda universiti dalam memperkukuhkan kebolehpasaran graduan agar senada dengan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pengajian Tinggi, sekaligus melahirkan graduan kompeten seperti yang diaspirasikan dalam GRU2025.
McDonald's pula akan memainkan peranannya ke arah kebolehpasaran belia, dengan mensasarkan untuk menyediakan 50,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2026 disamping berhasrat melaburkan RM300 juta untuk program-program latihan dan pembangunan.
Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh ahli pasukan dari UiTM, McD Malaysia dan RMHC yang terlibat memastikan kelancaran acara ini dan seterusnya akan mengkoordinasikan inisiatif dan aktiviti MoU di antara kedua belah pihak.
Akhir sekali, saya juga ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada Datuk Seri Haji Mohammed Nasir, Pengarah Perhubungan Kerajaan McD Malaysia, Prof Dr Mohamad Hariri Abdulah TNC (ICAN), Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang & Francais McD Malaysia dan Encik Mohd Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC.
Saksikan rakaman taklimat, dan pelancaran program perantis serta MoU UiTM dengan McD Malaysia di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=UkKLGS45M3s

Source


Files

mcd_msia1.jpg
mcd_msia2.jpg
mcd_msia3.jpg
mcd_msia4.jpg
mcd_msia5.jpg
mcd_msia6.jpg
mcd_msia7.jpg
mcd_msia8.jpg
mcd_msia9.jpg
mcd_msia10.jpg
mcd_msia11.jpg
mcd_msia12.jpg
mcd_msia13.jpg
mcd_msia14.jpg
mcd_msia15.jpg

Collection

Tags

Citation

“The Combined Input Module From UiTM And McD Malaysia Will Add Value To Academic Quality, Preparing Nation's Future Talents,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/271.

Output Formats