UiTM Is Now Top 46% Among 1,422 Ranked Universities In The World

Title

UiTM Is Now Top 46% Among 1,422 Ranked Universities In The World

Description

UiTM maintained its position at 651-700 in the QS World University Rankings 2023, with a significant increase in the required indicators. UiTM's precentile performance jumped by 4% compared to the previous year, placing UiTM in the top 46% of 1,422 ranked universities, up from 1,300 last year.
The strongest indicator for UiTM is the employer's reputation, which reached 195th in the world, while UiTM's academic reputation increased for three consecutive years, reaching the 317th position. In Malaysia, UiTM's academic reputation became its key strength, followed by its employer reputation, placing UiTM 12th among Malaysian higher learning institutions.
In order to remain dynamic and relevant, these must be used as a guide and reflection on the performance of our achievements, as well as an indicator of UiTM's academic quality, research, innovation, and publication. Those challenges, give us the strength and motivation to ensure UiTM meets the international criteria as we drive towards the shared vision GRU2025. We must work three times as hard but twice as smart. Strategize, so that our fundamentals are not jeopardised while striving for a higher ranking, and never compromise our academic integrity by putting honesty, trust, fairness, respect, and accountability as vital work cultures and professional practices.
On that note, I would like to offer my heartfelt gratitude and thank you to Keluarga UiTM for your dedication and effort in ensuring UiTM's international presence through the WUR and empowering bumiputeras globally through education.

UiTM KINI DI TEMPAT 46% TERATAS DALAM KALANGAN 1,422 UNIVERSITI TERSENARAI DI DUNIA.
Dalam QS World University Rankings 2023, UiTM mengekalkan kedudukannya di 651-700 dengan peningkatan ketara dalam indikator-indikator yang ditetapkan. Prestasi presentil UiTM melonjak sebanyak 4% berbanding tahun sebelumnya menjadikan UiTM dalam kalangan 46% teratas daripada 1,422 universiti berbanding 1,300 pada tahun lepas.
Indikator terbaik UiTM adalah dalam reputasi majikan yang mencapai kedudukan ke-195 di peringkat dunia, sementara bagi tiga tahun berturut-turut, reputasi akademik UiTM meningkatkan dengan lonjakan yang mencatatkan kedudukan ke-317. Di dalam negara, reputasi akademik UiTM jelas diilihat sebagai kekuatan utama universiti ini diikuti dengan reputasi majikan sekaligus menjadikan UiTM di kedudukan ke-12 di antara universiti-universiti di Malaysia.
Pencapaian ini mestilah dijadikan panduan dan refleksi terhadap prestasi pencapaian kita supaya kekal dinamik dan relevan di samping ia turut menjadi petunjuk tahap kualiti akademik, penyelidikan, inovasi dan penerbitan UiTM. Cabaran ini pastinya, memberikan kita motivasi dan kekuatan untuk memastikan UiTM berada pada tahap global yang membanggakan dalam usaha kita bersama mencapai aspirasi GRU2025. Kita mesti bekerja tiga kali lebih kuat tetapi dua kali lebih bijak. Susun strategi, supaya asas kita kuat, tidak goyah ketika berusaha untuk mendapatkan kedudukan penarafan yang lebih tinggi, dan jangan sekali-kali menjejaskan integriti akademik kita dengan meletakkan kejujuran, amanah, keadilan, rasa hormat dan akauntabiliti sebagai budaya kerja dan amalan profesional yang penting.
Sehubungan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga UiTM atas dedikasi dan usaha anda dalam memastikan ketampakan UiTM di peringkat antarabangsa melalui WUR dan memperkasakan bumiputera di peringkat global melalui pendidikan.

Source


Files

ranked_QS.jpg

Collection

Citation

“UiTM Is Now Top 46% Among 1,422 Ranked Universities In The World,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/272.

Output Formats