Universiti Teknologi Mara (UiTM) Is One Of The Employers' Preferred Universities In The 2023 National Graduate Employability Index

Title

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Is One Of The Employers' Preferred Universities In The 2023 National Graduate Employability Index

Description

Mr. Ben Ho, Chief Employability Officer (CEO) at Talentbank, sent me an email on the 20th of April 2023 with some good news. The wonderful news arrived just in time for the Aidil Fitri Eid celebration. I was unable to fully inform everyone because everyone at UiTM was busy preparing for Eid.
Today, on the 24th of April 2023 (3rd Syawal 1444H), I am proud to announce that our university has been acknowledged as one of the Employers' Preferred Universities in the National Graduate Employability Index (3rd Edition) 2023. This recognition is an honor to UiTM’s commitment to producing graduates who are well-equipped to meet the needs and expectations of the job market.
Talentbank conducted the poll in partnership with major businesses around the country. The goal was to determine the preferred options for graduate recruitment. Talentbank confirmed that the Employability Ratings were data-driven and entirely determined by Malaysia's top graduate employers. AirAsia, Coca-Cola, Deloitte Consulting, FWD Takaful, Genting, Gamuda, GSC, Hong Leong Bank, Huawei, HP, Keysight, KPMG, Malaysia Aviation Group, Micron, Mondelez, Nestle, Nippon Paint, P&G, Petronas, POS Malaysia, PwC, SLB, Siemens, TDCX, Telekom, Top Glove, Unilever were among the renowned employers who answered to the poll. Also, employers among small and medium enterprises (SMEs) and start-ups.
As evidenced by the poll findings, I am grateful that UiTM is acknowledged as one of Malaysia's universities that consistently produces highly sought-after graduates. Below are the results that speak for themselves:
★ in Accounting
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Arts & Design
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Exemplary (Champion)
★ in Business Management
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Civil Engineering
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Exemplary (Champion)
★ in Computing & IT
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Culinary Arts
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Exemplary (Champion)
★ in Event Management
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Interior Design
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Exemplary (Champion)
★ in Law
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Marketing
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Medicine
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Pharmacy
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Aerospace
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Chemical Engineering
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Electrical & Electronics Engineering
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Entrepreneurship
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Mathematics and Statistics
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Mechanical Engineering
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ in Sciences
19 UiTM fields of study are ranked top-rated employability. 12 of the UiTM fields of study receive a 6-star rating, 4 of which are crowned as Exemplary and Champion in employability, and 7 fields of study receive a 5-star rating. This is a testament to the quality of our programs and the skills that our graduates possess across a range of disciplines.
The fields of study that are rated as 6 Stars (Exemplary and Champion) in employability are Arts and Design, Civil Engineering, Culinary Arts, and Interior Design. These fields offer students unique qualities and skills that make them stand out and provide excellent career opportunities. This honor demonstrates UiTM's dedication to preparing graduates for successful careers and offering quality education for UiTM to become a globally renowned university by 2025. This recognition would not be possible without the dedication and hard work of the faculty, administrative personnel, and students.
I would like to take this opportunity to thank all stakeholders for their ongoing support and confidence in UiTM. I am confident that UiTM will continue to strive for excellence in education and research, producing graduates who are not only academically proficient but also have the talents and qualities needed to succeed in the job market and contribute to society.
Congratulations to all UiTM citizens on this remarkable achievement!
-------------------------------------------------------------------------
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MERUPAKAN ANTARA UNIVERSITI PILIHAN MAJIKAN DALAM INDEKS KEBOLEHPASARAN GRADUAN KEBANGSAAN 2023
Encik Ben Ho, Ketua Pegawai Kebolehpasaran (CEO) di Talentbank, menghantar e-mel kepada saya pada 20 April 2023 dengan beberapa berita baik. Berita gembira ini tiba tepat pada masanya untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Saya tidak dapat memaklumkan sepenuhnya kepada semua warga UiTM kerana semuanya sibuk membuat persiapan Aidilfitri.
Hari ini, pada 24hb April 2023 bersamaan 3 Syawal 1444H, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa UiTM telah diiktiraf sebagai salah sebuah Universiti Pilihan Majikan dalam Indeks Kebolehpasaran Graduan Kebangsaan (Edisi Ke-3) 2023. Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan kepada komitmen UiTM dalam melahirkan graduan yang serba lengkap bagi memenuhi keperluan dan harapan pasaran kerja.
Talentbank menjalankan tinjauan pendapat dengan kerjasama pemain industri utama di seluruh negara. Matlamatnya adalah untuk menentukan pilihan untuk pengambilan siswazah. Talentbank mengesahkan bahawa Penilaian Kebolehpasaran adalah berdasarkan data dan ditentukan sepenuhnya oleh majikan siswazah terkemuka Malaysia. AirAsia, Coca-Cola, Deloitte Consulting, FWD Takaful, Genting, Gamuda, GSC, Hong Leong Bank, Huawei, HP, Keysight, KPMG, Malaysia Aviation Group, Micron, Mondelez, Nestle, Nippon Paint, P&G, Petronas, POS Malaysia, PwC, SLB, Siemens, TDCX, Telekom, Top Glove, Unilever adalah antara majikan terkenal yang menjawab tinjauan tersebut. Tidak ketinggalan juga para majikan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat permulaan.
Berdasarkan dapatan kajian, saya bersyukur kerana UiTM diiktiraf sebagai salah sebuah universiti di Malaysia yang konsisten melahirkan graduan yang menjadi pilihan utama para majikan. Berikut adalah keputusan yang jelas memaparkan bidang pengajian UiTM yang tinggi kebolehpasarannya:
★ Perakaunan
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Seni & Reka Bentuk
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Teladan (Juara)
★ Pengurusan Perniagaan
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Kejuruteraan Awam
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Teladan (Juara)
★ Pengkomputeran & IT
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Seni Kulinari
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Teladan (Juara)
★ Pengurusan Acara
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Reka Bentuk Dalaman
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Teladan (Juara)
★ Undang-undang
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Pemasaran
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Perubatan
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Farmasi
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Aeroangkasa
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Kejuruteraan Kimia
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Keusahawanan
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Matematik dan Statistik
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Kejuruteraan Mekanikal
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
★ Sains
19 bidang pengajian UiTM berada di kedudukan kebolehpasaran yang dinilai tinggi. 12 daripada bidang pengajian UiTM menerima penarafan 6 bintang, 4 daripadanya dinobatkan sebagai Teladan dan Juara dalam bidang pekerjaan, dan 7 bidang pengajian menerima penarafan 5 bintang. Ini adalah bukti kualiti program kami dan kemahiran yang dimiliki oleh graduan kami dalam pelbagai disiplin.
Bidang pengajian yang dinilai sebagai 6 Bintang (Teladan dan Juara) dalam kebolehpasaran adalah Seni dan Reka Bentuk, Kejuruteraan Awam, Seni Kulinari, dan Reka Bentuk Dalaman. Bidang ini menawarkan para pelajar suatu kualiti dan kemahiran yang unik yang menjadikan mereka menonjol dan menyediakan peluang kerjaya yang sangat baik. Penghormatan ini menunjukkan dedikasi UiTM dalam menyediakan graduan untuk kerjaya yang cemerlang dan menawarkan pendidikan berkualiti agar UiTM menjadi sebuah universiti ternama di peringkat global menjelang tahun 2025. Pengiktirafan ini tidak akan dapat dilakukan tanpa dedikasi dan kerja keras fakulti, staf pentadbiran, dan pelajar.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan atas sokongan dan keyakinan berterusan mereka terhadap UiTM. Saya yakin UiTM akan terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan penyelidikan, melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam akademik tetapi juga mempunyai bakat dan kualiti yang diperlukan untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan dan menyumbang kepada masyarakat.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga UiTM di atas pencapaian yang luar biasa ini!

Date

Files

343054812_778335123588739_718572545308934723_n.jpg
343206807_660541812549334_1304934389133057940_n.jpg
343055077_759747249134041_1662239141881937642_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Universiti Teknologi Mara (UiTM) Is One Of The Employers' Preferred Universities In The 2023 National Graduate Employability Index,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/463.

Output Formats

Geolocation