Majlis Perasmian Belia Imarah Ramadan Di UiTM Shah Alam Telah Disempurnakan Naib Canselor
Title
Majlis Perasmian Belia Imarah Ramadan Di UiTM Shah Alam Telah Disempurnakan Naib Canselor
Description
Pada 2 April, 2023, saya telah dijemput merasmikan satu program yang sangat baik, Program Belia Imarah Ramadan yang berlangsung selama 2 minggu. Program ini merupakan inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar bagi menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dengan aktiviti pengisian kerohanian dan pembangunan insan yang melibatkan seluruh warga UiTM Shah Alam khususnya. Antara aktiviti pengisiannya adalah Bazaar Ramadan yang mampu menjana aktiviti keusahawanan pelajar, pertandingan tazkirah menggunakan platform digital, tilawah Al – Quran, pemberian sumbangan kepada pelajar golongan asnaf UiTM, dan lain-lain program yang bermanafaat.
Tahniah kepada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Shah Alam Sesi 2022/2023 yang telah menganjurkan program ini dengan kerjasama daripada pihak Unit Ruang Niaga, Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur yang sama-sama menggembleng tenaga bersama BHEP dan MPP dalam memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan di UiTM.
Saya ingin mengingatkan para pelajar supaya mengekalkan prestasi pelajaran walaupun sedang menjalani ibadah puasa. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk membolehkan para pelajar tidur dan tidak fokus semasa di dalam kelas. Teruskan aktiviti harian sebagaimana bulan-bulan yang lain. Ambillah juga peluang memperbanyakkan doa kerana doa orang-orang yang berpuasa itu dimakbulkan Allah taala.
THE OPENING CEREMONY OF IMARAH RAMADAN YOUTH AT UiTM SHAH ALAM WAS OFFICIATED BY THE VICE-CHANCELLOR
On April 2, 2023, I was invited to officiate an excellent program, the Imarah Ramadan Youth Program which lasted 2 weeks. This program is an initiative of the Student Representative Council to celebrate the month of Ramadan with spiritual and human development activities involving all UiTM Shah Alam staff in particular. Among the activities are the Ramadan Bazaar which can generate students' entrepreneurial activities, the tazkirah competition using digital platforms, the Al-Quran tilawah program, donations to UiTM asnaf students, and other beneficial programs.
eas
Congratulations to the leadership of the Student Representative Council, UiTM Shah Alam Session 2022/2023 which has organized this program in collaboration with the Business Space Unit, Infrastructure Development Office, and Infostructure which together joined forces with BHEP and MPP to enliven the Ramadan celebration in UiTM.
I would like to remind the students to maintain their performance even during fasting. Don't make fasting excuses to allow students to sleep and stay unfocused while in the classroom the same as other daily activities. Take also the opportunity to increase the prayer for the prayers of those who fast are easily uplifted by Allah taala.
Date
Collection
Citation
“Majlis Perasmian Belia Imarah Ramadan Di UiTM Shah Alam Telah Disempurnakan Naib Canselor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/462.