Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke UiTM dan Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia

Title

Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke UiTM dan Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia

Description

Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas lawatan kerja rasmi ke UiTM serta kesudian menyantuni para mahasiswa UiTM melalui program Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia pada 7 April 2023 yang lalu.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Yang Berbahagia Profesor Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, barisan Pengurusan Eksekutif Universiti, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Se-Malaysia serta semua yang hadir pada majlis tersebut. Semoga sesi dialog antara pemimpin negara dan pemimpin mahasiwa seperti ini dapat diteruskan sebagai satu platform ke arah memperkasa mahasiswa bakal pemimpin masa depan. Insya Allah.

Date

Files

340567160_3455354744743091_1923995559469039259_n.jpg
340557445_1012206379746312_2752139288068608791_n.jpg
340884966_804521484355943_13314377776814048_n.jpg
340912814_3375694389357088_2642948704754870132_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Lawatan Rasmi YAB Perdana Menteri ke UiTM dan Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/461.

Output Formats

Geolocation