Bulletin: CTWR 2023 Episod Februari 2023 Coffee Talk With Rozie 2023 Episod Februari Bersama Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad

Title

Bulletin: CTWR 2023 Episod Februari 2023
Coffee Talk With Rozie 2023 Episod Februari Bersama Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad

Description

Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) kini kembali di tahun 2023!
Sekali lagi CTWR telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
CTWR 2023 juga telah memperkenalkan tagline yang baru iaitu “The Next Chapter” yang bersesuaian dengan fasa peralihan UiTM ke arah a Globally Marketable University pada tahun 2023.
Episod kali ini telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 16 Februari 2023, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Pada kali ini, saya telah menjemput seorang tamu panelis untuk membincangkan mengenai “The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023”, iaitu Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad merupakan Penolong Naib Canselor (Strategi), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mengetuai Bahagian Transformasi Universiti (BTU), UiTM.
Dalam episod kali ni, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad telah membincangkan mengenai pelbagai perkara.
Menurut beliau, Bahagian Transformasi Universiti (BTU) memainkan peranan penting dalam perancangan dan pemantauan pelaksanaan pelan strategik UiTM2025 dengan matlamat menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan dengan memberikan kefahaman mendalam kepada semua warga UiTM melalui pelbagai inisiatif. Antaranya, konsultansi secara langsung bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ), libat urus, pelaporan secara bulanan dan pembentangan capaian universiti secara sukuan tahun.
Secara asasnya BTU mengkoordinasi perancangan strategik UiTM melalui tiga (3) teras strategik dan Sembilan (9) tema strategik dan strategi-strategi setiapnya di bawah tanggungjawab 9 Pengarah Peneraju. Demi mencapai tujuan itu, kerjasama semua PTJ dan warga UiTM keseluruhan adalah penting dalam merealisasikan matlamat strategik UiTM.
Setiap strategi dan sasaran capaian diterjemahkan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) agar pencapaian yang ditetapkan dapat diukur. Bagi tahun 2023 Universiti mempunyai 20 KPI dan 116 PI. Justeru, BTU bertanggungjawab mengkoordinasi sasaran keseluruhan bagi 5 tahun i-UiTM 2025. Sasaran tersebut akan diserahkan kepada Pengarah Peneraju. Fungsi BTU juga adalah sebagai medium pemudahcara kepada Pengarah Peneraju dalam menurunkan sasaran sebenar kepada pelaksana yang terdiri daripada 23 Fakulti dan Kolej Pengajian, 13 Kampus Negeri dan 14 COE. Pengarah Peneraju merangka formula berdasarkan kepada keperluan KPI/ PI, dan kekuatan sesebuah PTJ seperti bilangan staf dan pelajar. Sebagai contoh penulisan; sasaran penarafan QS dan MyRA merujuk kepada UiTM Selangor, oleh itu, sasaran yang lebih besar adalah ditumpukan kepada UiTM Negeri Selangor.
Penyerahan KPI dan PI berlaku, selepas kelulusan dibuat di peringkat Majlis Eksekutif Universiti (MEU). Setiap sasaran diserahkan secara tahunan kepada semua Pengarah Peneraju dan Pengarah Peneraju mengagihkan kepada PTJ mengikut formula yang telah ditetapkan. Setiap individu staf akademik dan bukan akademik perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan capaian matlamat strategik UiTM, ketampakan dan impak UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa. Selain itu, pengagihan oleh Pengarah Peneraju akan berdasarkan kepada tren capaian tahun-tahun sebelumnya dan merujuk kepada polisi-polisi terkini berkaitan seperti satu (1) pensyarah (1) penerbitan (Pekeliling Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Bil 1/2020).
Bagi tujuan pelaporan capaian universiti, data- data akan dikemaskini oleh semua PTJ ke dalam sistem Pengarah Peneraju pada setiap 1hb hingga 4hb setiap bulan (contoh: sistem NILAM bagi KPI/ PI yang melibatkan MoU/MoA). Selepas data dikemaskini, Peneraju akan menyemak, membuat validasi dan melaporkan pada sistem UePMO pada 5hb hingga 8hb. Seterusnya Pengesahan Pencapaian PTJ oleh Dekan/Rektor/Pengarah PTJ dibuat pada setiap 9hb hingga 12hb. Selepas Tarikh tersebut, BTU akan memproses dan menerbitkan pencapaian skor bulanan dalam tempoh 13hb hingga 18hb melalui dashboard yang boleh diakses oleh Pengarah Peneraju dan wakil PTJ. Asas kiraan bagi setiap PI ini adalah capaian sasaran yang ditetapkan berdasarkan pemberat dan Definasi Operasi (OD) PI berkaitan. Pencapaian UiTM akan dikongsikan kepada warga melalui dashboard secara bulanan, mesyuarat dan pembentangan kepada warga setiap suku tahunan.
BTU merupakan tulang belakang universiti dalam menggerakkan agenda UiTM2025 dengan jumlah kekuatan seramai 23 orang yang merangkumi 7 fungsi utama iaitu (1) Pembangunan, Pelaksanaan dan pemantauan pencapaian Pelan Strategik UiTM2025, (2) Mensinergi dan mengkoordinasi Pengarah Peneraju dan Pelan Tindakan Strategik PTJ, (3) Menerajui Transformasi Organisasi dan Minda, (4) Pembangunan dan Pengurusan Sistem Data, Penyepaduan, dan Gudang Data, (5) Statistik dan Analitik Data, (6) Penyelidikan Institusi, dan (7) Hala Tuju Strategik dan kemampanan Penjanaan Pendapatan UiTM, serta di sokong oleh unit pentadbiran BTU secara keseluruhan.
Pada tahun ini UiTM2025 sedang menelusuri ke arah fasa kebolehpasaran antarabangsa (Globally Marketable) selepas pelbagai inisiatif antarabangsa giat dijalankan pada tahun 2021 dan 2022. Fasa ini merujuk kepada kemampuan staf (staf akademik, bukan akademik dan pelaksana), pelajar, graduan/ alumni UiTM yang mula mendapat perhatian, dikenali dan diterima di peringkat dunia. Kolaborasi berimpak bersama alumni, industri dan komuniti adalah amat penting dalam memastikan kelestarian pendidikan tinggi dan pembangunan UiTM secara keseluruhan untuk anak bangsa bumiputera dan Malaysia. Seiring dengan perkembangan dunia yang semakin pantas, UiTM terus mengukuhkan matlamat universiti keramat dengan melihat perancangan bagi tempoh 15 tahun seterusnya. Justeru itu, kerjasama daripada semua individu warga UiTM, pemegang taruh adalah kunci utama dalam mencapai matlamat strategik UiTM. Bagi mencapai matlamat itu, setiap individu perlu menjalankan amanah masing-masing berpandukan matlamat strategik iaitu untuk menjadi Globally Renowned University (GRU) 2025 dan Globally Marketable University 2023. Nilai-nilai organisasi (Excellance, Synergy, Integrity) dan nilai-nilai individu (ilmu, disiplin, amanah, rajin, dan tanggungjawab) perlu diamalkan oleh semua pemimpin dan warga UiTM. Kunci kejayaan adalah tindakan dan perlaksanaan projek berstrategik sejajar dengan perancangan, kelestarian tindakan bersama di peringkat operasi, taktikal dan eksekutif, dan tindakan kesegerakkan minda, hati, jiwa dan fizikal/ jasmani setiap warga UiTM.
Episod kali ini juga diserikan dengan kemunculan Prof. Biswajeet Pradhan dari University of Technology Sydney, Australia yang telah berkongsikan beberapa tips untuk UiTM lebih terkehadapan dalam pasaran global. Antara tips yang diberikan beliau adalah dengan meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa, menghasilkan program dwi-akademik bersama universiti antarabangsa, melantik profesor-profesor bertaraf dunia, dan memperkukuhkan hubungan bersama alumni.
Terima kasih diucapkan buat Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad dan Prof. Biswajeet Pradhan atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah dan tenaga kerja dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad dan Prof. Biswajeet Pradhan.
Jumpa lagi di Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023 episod seterusnya!
COFFEE TALK WITH ROZIE 2023 EPISODE FEBRUARY WITH PROF. TS. DR. NOR HAYATI SAAD
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Coffee Talk With Rozie (CTWR) is now back in 2023!
Once again CTWR has struck a balance between relaxed and informative content.
CTWR 2023 has also introduced a new tagline, "The Next Chapter", which corresponds to UiTM's transition to a globally marketable university in 2023.
This episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel on Thursday 16 February 2023 at Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
This time I have invited a special panellist to speak on the topic "The Next Chapter: UiTM in Pursuit of Becoming a Globally Marketable University in 2023", namely Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad is the Assistant Vice Chancellor (Strategy) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) and heads the University Transformation Division (BTU), UiTM.
During this episode, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad provided valuable insights on the UiTM2025 strategic plan and the crucial role of the University Transformation Division (BTU) in its implementation. Specifically, the BTU is responsible for planning and overseeing the implementation of the UiTM2025 strategic plan to make UiTM a globally renowned university in the fields of Science, Technology, Humanities, and Entrepreneurship. This role includes providing in-depth knowledge of its mission to all UiTM staff through various initiatives, namely direct consultation with the Responsibility Centre (PTJ), engagement, monthly reporting and quarterly presentation of the university's achievements.
BTU fundamentally coordinates the strategic planning of UiTM through three (3) strategic thrusts and nine (9) strategic themes and strategies, each under the responsibility of 9 Lead Directors. The cooperation of all the responsibility centres (PTJ) and UiTM staff is essential for the realisation of UiTM's strategic goals.
In order to measure the performance set, each strategy and access target is translated into Key Performance Indicators (KPIs) and Performance Indicators (PIs). For 2023, the university has 20 KPIs and 116 PIs. BTU is therefore responsible for coordinating the overall 5-year i-UiTM 2025 target. Once the target has been established, it is then handed over to the Lead Director. BTU also acts as a facilitator for the Lead Directors in communicating the actual target to the implementers, which include 23 Faculties and Colleges of Studies, 13 State Campuses and 14 Centres of Excellence (COEs). The Lead Director then creates a formula based on the KPI/PI requirements and the strengths of a responsibility centre such as the number of staff and students. For example, if the QS and MyRA rating targets for writing (publication) relate to UiTM Selangor, greater weight is placed on achieving the target for UiTM Negeri Selangor.
The delivery of KPIs and PIs takes place after approval by the Executive Council of the University (Majlis Eksekutif Universiti - MEU). Each target is submitted annually to all Lead Directors, who then distribute the targets among the responsibility centres according to a set formula. Academic and non-academic staff must play their respective roles to ensure the achievement of UiTM 's strategic goals, visibility and impact at national and international levels. In addition, distributions are made by the Lead Director based on past trends and with reference to the latest relevant policies such as the 'one lecturer, one publication' (The Deputy Vice-Chancellor's Circular - Research & Innovation, No. 1/2020).
For reporting purposes, performance data is updated by all responsibility centres into the Lead Director's system every 1st to 4th of the month (e.g. in NILAM system for KPI/PI pertaining to MoU/MoA). After the data is updated, the Leader checks and validates the data and prepares a report in the UePMO system between the 5th and 8th of the month. Next, from the 9th to the 12th of the month, the confirmation of the achievement of the responsibility centres is done by the Dean/Rector/Director. BTU will then process and publish the achievement of the monthly score sometime between the 13th and 18th of the month via the dashboard accessible to the Lead Director and the responsibility centre representatives. The basis for each of these PIs is the achievement of objectives based on the weighting and Operational Definition (OD) of the corresponding PI. UiTM achievements are communicated to staff via the monthly dashboard, meetings and presentations on a quarterly basis.
To reiterate: BTU is the backbone of the university in the implementation of the UiTM2025 agenda with a total strength of 23 people and 7 main functions, namely (1) developing, implementing and monitoring the outcomes of the UiTM2025 Strategic Plan, (2) synergising and coordinating the Lead Directors and the Strategic Action Plans of the responsibility centres, (3) leading the organisational and intellectual transformation, (4) development and management of the data system, integration and data warehouse, (5) statistics and analytical data, (6) institutional research, and (7) strategic direction and sustainability of UiTM income generation, supported by the BTU administrative unit as a whole.
This year, UiTM2025 is heading towards the Globally Marketable phase, following the active implementation of various international initiatives in 2021 and 2022. This phase is about the capabilities of UiTM staff (academic, non-academic and implementers), students and alumni/graduates who have begun to gain global attention, recognition and acceptance. Collaboration with alumni, industry and the community is critical to the sustainability of higher education and the overall development of UiTM for Bumiputera and Malaysian citizens. In line with the fast-paced nature of today's world, UiTM continues to strengthen the university's goals by considering the planning for the next 15 years. Therefore, cooperation among UiTM staff and stakeholders is key to achieving UiTM's strategic goals. To achieve this, each individual must fulfil their responsibilities based on the strategic goal of becoming a Globally Renowned University (GRU) in 2025 and a Globally Marketable University 2023. Organisational values (excellence, synergy, integrity) and individual values (knowledge, discipline, trust, diligence and responsibility) should be lived by all leaders and warga UiTM. The key to success is the action and implementation of strategic projects in line with planning, the sustainability of joint actions at operational, tactical and executive levels, and the synchronisation of the actions of the mind, heart, body and soul of each warga UiTM.
This episode also features Prof. Biswajeet Pradhan from the University of Technology Sydney, Australia, who shared some tips on how UiTM can become more competitive in the global market. These include increasing the number of international students at UiTM, creating dual academic programmes with international universities, appointing world-class professors, and reconnecting with alumni.
Thank you to Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad and Prof. Biswajeet Pradhan for a fascinating and valuable exchange.
I would like to thank and congratulate the entire Coffee Talk With Rozie team, the technical team, the lecturers and staff of the College of Creative Arts, and of course the guest speaker, Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad.
See you again in the next episode of Coffee Talk With Rozie (CTWR) 2023!

Source


Files

340641068_3376046762650945_8415807043812648151_n.jpg
340964845_6217563598311434_5349594970241870136_n.jpg
340972243_3400566163592489_2070151242283429428_n.jpg
341145841_808026887614024_5425231929945030198_n.jpg
341318815_6038592769588494_6913224182418088996_n.jpg
341476332_548693620722375_2502059045759934915_n.jpg

Tags

Citation

“Bulletin: CTWR 2023 Episod Februari 2023


Coffee Talk With Rozie 2023 Episod Februari Bersama Prof. Ts. Dr. Nor Hayati Saad,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/460.

Output Formats