Transforming Lifelong Learning Via Virtual University

Title

Transforming Lifelong Learning Via Virtual University

Description

An Appreciation Event for the Massive Open Online Course (MOOC), Micro-Credential UiTM 2019-2022 Development, including the Mock-Cheque Presentation for Distance Learning Programme 2021, was held on 23 December 2022 at De Palma Hotel, Section 19, Shah Alam.
Massive Open Online Course (MOOC) Development, Micro-Credential (MC) Development and Income Generation Through Distance Learning Programmes (PJJ) are three of the university's 22 Key Performance Indicators (KPIs).
The Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS) has been responsible for the successful development of MOOCs and MCs to ensure the sustainability of online learning resources available not only to UiTM students but also to students worldwide.
MOOCs have been offered at UiTM since 2015, and in 2019, MOOC development was carried out through the UFUTURE platform. Today, there are over 800 active MOOC courses at UiTM with over 160,000 students enrolled from 154 countries. Meanwhile, micro-credit development began in 2020 with 64 Micro-Credential series accessible to 912 students.
Through MOOC and MC development, UiTM has been recognised as one of the public universities participating in the Ministry of Higher Education's Stand Alone 'Micro-Credentials' Pilot Programme, which started on 14 April 2022 and concluded on 30 November 2022. In addition, UiTM iCEPS is a consistent and active organiser of the International e-Content Development Competition (e-ConDev) and the International Conference on e-Learning (iCEL).
UiTM iCEPS now has 11,913 part-time students spread across 12 branch campuses across Malaysia. We are currently implementing the Virtual University in a phased manner to achieve our Future UiTM aspirations.
Thank you and congratulations to everyone at the university, especially the UiTM iCEPS - MOOC and MC development team led by Chief Executive Officer Prof. Dr. Azizul Halim Yahya.
On this note, I would like to invite the public to participate in the UiTM MOOC and MC programmes which can be accessed through the following URL :-
MENTRANSFORMASIKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MENERUSI UNIVERSITI MAYA.
Majlis Apresiasi Pembangunan Massive Open Online Course (MOOC) dan Micro-Credential UiTM 2019-2022 & Penyerahan Replika Cek bagi Program Pembelajaran Jarak Jauh 2021 telah berlangsung pada 23 Disember 2022 di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam.
Pembangunan Massive Open Online Course (MOOC), Pembangunan Micro-Credential (MC) dan Penjanaan Pendapatan Melalui Program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) adalah merupakan 3 daripada 22 KPI utama yang ditetapkan oleh universiti.
Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), telah dipertanggungjawabkan agar pembangunan MOOC dan MC dilaksana dengan jayanya untuk memastikan kemampanan bahan pembelajaran dalam talian terus tersedia bukan saja kepada para pelajar UiTM, malah boleh dicapai oleh pelajar di seluruh dunia.
MOOC telah ditawarkan di UiTM sejak 2015, dan pada 2019, pembangunan MOOC telah dijalankan melalui Platform UFUTURE. UiTM hari ini mempunyai lebih 800 kursus MOOC yang aktif, dengan lebih 160,000 pelajar dari 154 negara telah mendaftar. Sementara itu, pembangunan Micro-Credential bermula pada tahun 2020, dengan 64 siri Micro-Credential melibatkan 912 pelajar.
Melalui Pembangunan MOOC dan MC, UiTM diiktiraf sebagai salah sebuah Universiti Awam yang mengambil bahagian dalam Program Perintis Stand Alone 'Micro-Credentials' Kementerian Pendidikan Tinggi, yang bermula pada 14 April 2022, dan berakhir pada 30 November 2022. Selain itu , UiTM iCEPS telah menjadi penganjur yang konsisten dan aktif bagi Pertandingan Pembangunan e-Kandungan Antarabangsa (e-ConDev) dan Persidangan Antarabangsa mengenai e-Pembelajaran (iCEL).
UiTM iCEPS kini mempunyai 11,913 pelajar sambilan di sekitar 12 kampus cawangan di seluruh Malaysia. Pihak universiti sedang melaksanakan Universiti Maya secara berperingkat dan ia akan memacu universiti ini untuk mencapai aspirasi Future UiTM.
Terima kasih, dan tahniah kepada semua warga universiti, khususnya UiTM iCEPS – iaitu pasukan pembangunan MOOC & MC di bawah pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Dr Azizul Halim Yahya.
Sehubungan itu, saya ingin mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai program MOOC dan MC UiTM, yang boleh diakses melalui URL di bawah;-

Date

Files

320761848_571699004294452_3725675708015962647_n.jpg
321444209_1160177888036770_3513886207212271277_n.jpg
321513998_899010997903328_4880470517797522969_n.jpg
321775690_565828525039898_5032856611966201297_n.jpg
322707944_3018615151776232_1447852059748028906_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Transforming Lifelong Learning Via Virtual University,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/406.

Output Formats

Geolocation