Pelajar Akhir Undang-Undang UiTM Bertemu Pemain Industri Sebelum Graduasi Melalui UiTMLaw: Career Networking 4.0

Career-Law-3-768x512.jpg
Career-Law-2-768x512.jpg
Career-Law-4-768x512.jpg

Title

Pelajar Akhir Undang-Undang UiTM Bertemu Pemain Industri Sebelum Graduasi Melalui UiTMLaw: Career Networking 4.0

Description

SHAH ALAM, 7 JANUARI 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Undang-Undang hari ini telah menganjurkan program UiTMLaw: Career Networking 4.0, acara ini melibatkan para ahli industri undang-undang negara bertemu dengan para pelajar jurusan undang-undang semester terakhir UiTM dalam usaha menguatkan jaringan bersama industri serta peluang pekerjaan dan latihan dalam kamar usai tamat belajar.

Organisasi-organisasi yang terlibat merupakan para pengamal profesional undang-undang yang terdiri daripada pelbagai disiplin undang-undang, seperti Pejabat Ketua Hakim Negara, Jabatan Peguam Negara, Maybank, Petronas, Tetuan Zaid Ibrahim & Co., Tetuan Richard Wee Chambers, Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership, Tetuan Skrine, Tetuan Shearn Delamore & Co., Tetuan Thomas Philip, Tetuan Lee Hishamuddin, Allen & Gledhill, Tetuan Zul Rafique & Partners, Tetuan Azmi & Associates, Tetuan Shook Lin & Bok, Tetuan Raja, Darryl & Loh, Tetuan Gan Partnership, Tetuan K K Lim, Tetuan Lim Chee Wee Partnership, Tetuan Izwan & Partners, Tetuan Zharif Nizamuddin, Tetuan Nurainie Haziqah & Co, Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, Tetuan Fareez Shah & Partners dan Tetuan AmirFaliq & Syahindah.

Date

Collection

Citation

“Pelajar Akhir Undang-Undang UiTM Bertemu Pemain Industri Sebelum Graduasi Melalui UiTMLaw: Career Networking 4.0,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/409.

Output Formats

Geolocation