Datuk Naib Canselor Merasmikan Majlis Penghargaan Dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia Sesi 2021/2022

322946150_519464736865753_2785062513143729214_n.jpg

Title

Datuk Naib Canselor Merasmikan Majlis Penghargaan Dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia Sesi 2021/2022

Description

Pada hari Sabtu, 7 Januari 2023, satu Majlis Penghargaan dan Anugerah Kepimpinan (MAPAM) telah dirasmikan Yang Berbahagia Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM. Majlis anugerah ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM seMalaysia bagi sesi 2021/2022. Majlis ini merupakan satu usaha dan peluang oleh UiTM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) untuk memberi penghormatan dan meraikan pencapaian para pemimpin pelajarnya, iaitu barisan MPP UiTM, sepanjang setahun tempoh perkhidmatan yang telah menunjukkan kebolehan yang membanggakan dalam kepimpinan dan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti akademik, kokurikulum, mahupun khidmat masyarakat. Lapan anugerah telah diberikan kepada 24 penerima. Turut dihadiri Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi ,Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Rektor UiTM Johor, Dr Shahsuzan Zakaria, Pengarah Pembangunan Pelajar, dan Rasydan Mohd Hassan, Yang DiPertua MPP.
Penganjuran majlis ini juga usaha serampang dua mata pihak BHEP UiTM untuk mengenalpasti tokoh kepimpinan pelajar UiTM untuk pencalonan anugerah kepimpinan mahasiswa anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, iaitu Anugerah Tokoh Siswa (ATS). ATS adalah satu anugerah berprestij peringkat kebangsaan dalam dunia kepimpinan mahasiswa di Malaysia.
Datuk NC berharap calon-calon yang bertanding di peringkat MAPAM dan dicalonkan di peringkat ATS mampu mengangkat nama UiTM di peringkat ATS dan meletakkan MPP UiTM berada seiring dan relevan dengan barisan IPT UA dan US yang lain.
Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana majlis yang menganjurkan inisiatif seumpama yang memberi pendedahan awal kepada barisan MPP khususnya untuk menganjurkan program yang berimpak tinggi serta melibatkan diri sehingga ke peringkat tertinggi di masa hadapan.
Adalah diharapkan penganjuran majlis sebegini diteruskan untuk mengiktiraf usaha dan kejayaan MPP sepanjang tahun kepimpinan, dan sebagai pemangkin dalam meningkatkan pembangunan modal insan dan nilai kepimpinan MPP yang diiktiraf berkualiti dan dinobatkan setimpal usaha mereka dalam menganjurkan program.

Date

Collection

Tags

Citation

“Datuk Naib Canselor Merasmikan Majlis Penghargaan Dan Anugerah Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM SeMalaysia Sesi 2021/2022,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/411.

Output Formats