Anugerah Pilihan Graduan ke-5: UiTM raih anugerah Naib Johan bagi APAC Penjenamaan Majikan Kampus Paling Berwibawa dalam kalangan Universiti Awam

321945063_845967070045566_8243104021918416474_n.jpg
322006756_566957605288469_2774128591407572289_n.jpg
322521615_731668741474184_2437251281202136390_n.jpg
323445457_894846844849339_4715504334985897985_n.jpg

Title

Anugerah Pilihan Graduan ke-5: UiTM raih anugerah Naib Johan bagi APAC Penjenamaan Majikan Kampus Paling Berwibawa dalam kalangan Universiti Awam

Description

Gala Penyampaian Anugerah Pilihan Graduan (GCA) ke lima yang diadakan pada 5 Januari 2023, Sunway Resorts, Bandar Sunway, kini dikenali sebagai Anugerah APAC Penjenamaan Majikan Kampus Paling Autoritatif. Tetamu kehormat, YB Dato' Hj. Mohammad Yusof Bin Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis. Pencalonan anugerah GCA adalah 100% diundi oleh pelajar universiti di seluruh negara, dan berfungsi sebagai panduan bagi graduan untuk mengenalpasti majikan yang paling digemari di Malaysia. GCA mengiktiraf syarikat-syarikat yang berusaha lebih untuk merapatkan jurang antara majikan dan graduan. Anugerah ini juga mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah melabur dalam meningkatkan penjenamaan majikan mereka. Acara penyampaian anugerah diserikan dengan majlis menandatangani MOU antara Naib Canselor Universiti dan Talentbank.
Seramai 14 penerima berada di atas pentas bagi penyampaian anugerah termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mendapat tempat naib johan bagi Anugerah APAC Penjenamaan Majikan Kampus Paling Autoritatif di kalangan universiti awam. Saya adalah penerima anugerah tersebut, dan turut dijemput sebagai penyampai anugerah pada majlis makan malam gala itu. Saya juga menyampaikan sepatah dua kata mengenai pencapaian UiTM. Kehadiran lain-lain delegasi UiTM iaitu Profesor Dr Mohamad Hariri Abdullah, Ir Dr Amirul Abdul Rashid dan Dr Muhammad Hussain Ismail, pada majlis malam tadi, dapat memberi sinar dan menunjukkan sokongan terhadap acara yang dihoskan oleh Talentbank itu.

Date

Collection

Tags

Citation

“Anugerah Pilihan Graduan ke-5: UiTM raih anugerah Naib Johan bagi APAC Penjenamaan Majikan Kampus Paling Berwibawa dalam kalangan Universiti Awam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 28, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/410.

Output Formats

Geolocation