UiTM, McDonald’s Malaysia Meterai Kerjasama Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Memperkasakan Generasi Anak Bangsa

Title

UiTM, McDonald’s Malaysia Meterai Kerjasama Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Memperkasakan Generasi Anak Bangsa

Description

SHAH ALAM, 10 JUN 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan McDonald’s Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) merasmikan kerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s. YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut yang diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam hari ini.

Kerjasama itu termeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara UiTM diwakili Naib Canselornya, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan YBhg. Profesor Dr. Mohamad Hariri Hj Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM manakala McDonald’s Malaysia diwakili oleh YBhg. Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan dan Encik Hilmy Sulaiman, Pengarah Kanan Undang-Undang dan Francais.

UiTM dan McDonald’s menjalin kerjasama dalam tiga program iaitu Management Apprentice Program (MAP), Graduate Employability Program (GEP) dan Internship Pogram (IP). Program perantis ini khususnya, bermatlamat menyediakan peluang kerjaya untuk para pelajar daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar B40 dan individu berkeperluan khas. Selain mengukuhkan kebolehpasaran graduan, ia turut menyediakan pelajar dengan peluang kerjaya yang bermakna.

Publisher

news.uitm.edu.my

Files

UiTMxMcD.jpeg
UiTMxMcD2.jpeg
UiTMxMcD3.jpeg

Collection

Citation

“UiTM, McDonald’s Malaysia Meterai Kerjasama Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan Dan Memperkasakan Generasi Anak Bangsa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/275.

Output Formats

Geolocation