ISSUE OF ENTRY LEVEL SALARY: “TRUST THE GRADUATES AND GIVE THEM EQUAL OPPORTUNITIES”.

cfwr22.jpg
cfwr225.jpg
cfwr224.jpg
cfwr223.jpg
cfwr222.jpg
COFFEEROZIE22.GIF

Title

ISSUE OF ENTRY LEVEL SALARY: “TRUST THE GRADUATES AND GIVE THEM EQUAL OPPORTUNITIES”.
ISU GAJI PERMULAAN : “BERI KEPERCAYAAN KEPADA GRADUAN DAN BERI LAYANAN SAMA RATA”.

Subject

Coffee Talk With Rozie EP.22

Description

I broadcasted live from the Melaka City campus for CTWR Ep.22 with the theme "Improving Graduate Entry Level Salary: A Necessary Solution". For this session, my guest panellists were Mr Ahmad Khairuman Md Hasim, a senior lecturer from the Faculty of Hotel & Tourism Management Faculty and Mr Fahmi Samsudin, a lecturer from the Faculty of Art & Design.
Reports indicated that salaries in 2020 will drop sharply, but in 2022 it is expected to rise at a rate of 2.8 per cent. The fact is, it is still low. Data from the Department of Statistics Malaysia reported that fresh graduates would only receive a starting salary of between RM1,001 and RM1,500 in 2020. We have been in a situation of low graduate starting salaries for a long time.
My discussion with Mr Khairuman or his nickname Man explores the current situation of the industry and graduates by focusing on the field of tourism, while Mr Fahmi commented on the creative sector.
In an interview with some students, they responded, " Trust the graduates and give us equal opportunities/ service". I agree with that view. A live poll during the broadcast found 49% of respondents agreed with the starting salary of RM2,300.00 for a Diploma and RM3,500.00 for a First Degree. Meanwhile, only 3% of respondents agreed with the starting salary of RM1,500.00 for a Diploma and RM2,000.00 for a First Degree. Thank you to the 404 viewers who responded.
Starting salary gives an idea of the quality of education in our country. In this case, it requires all parties to play a vital role to drive and restore the country's economy. The industry must be mindful of balancing human resources' business outcomes and responsibilities, especially the young graduates. This is because the government has given various incentives in encouraging the development of the economic sector.
Finally, I would like to thank Dr. Yeoh Pei Ann and Ms Maryann Magdalina Linnis from the Faculty of Music. Thank you to Leitto Kahve and his Barista team led by Dr. Fahmi Abdul Rahim, Mr Zamzuri Ahmad Nazri, Ms Nur Khalisah Muhamed Zulkifli, and Mr Muhammad Asyraf Ramlan. My appreciation also goes to Puan Noor Ibtisam Abdul Karim, Head of School, Hotel & Tourism Management Faculty. They also helped make this program a success.
Saya bersiaran secara langsung dari kampus Bandaraya Melaka untuk CTWR Ep.22 kali ini dengan tema “Improving Gradaute Entery Level Salary: A Necessary Solution”. Panelis tamu saya pada kali ini adalah Encik Ahmad Khairuman Md Hasim, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan dan Encik Fahmi Samsudin, Pensyarah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka.
Menurut dari beberapa laporan akhbar tempatan, gaji pada tahun 2020 menurun mendadak, namun pada tahun 2022 ia dijangka naik pada kadar 2.8 peratus. Hakikatnya, ia masih rendah. Data dari Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan graduan baharu hanya menerima gaji permulaan di antara RM1,001 dan RM1,500 dalam tahun 2020. Kita sebenarnya telah lama berada dalam situasi gaji permulaan graduan yang rendah.
Perbincangan saya bersama Encik Khairuman atau saya panggil mesra dengan nama Man mengupas situasi semas industri dan graduan dengan memberi fokous terhadap bidang pelancongan. Sementara Encik Fahmi mengulas tentang industri kreatif.
Dalam temubual awal yang diadakan bersama pelajar. Ada di antara mereka yang memberi respon “Beri kepercayaan kepada graduan dan beri layanan yang sama rata”. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sementara itu soal selidik yang diadakan semasa siaran langsung mendapati 49% bersetuju dengan gaji permulaan Diploma sebanyak RM2,300.00 dan gaji permulaan Ijazah Pertama sebanyak RM3,500.00. Manakala, hanya 3% responden bersetuju dengan gaji permulaan Diploma sejumlah RM1,500.00, sementara Ijazah Pertama sejumlah RM2,000.00. Terima kasih, kepada 404 penonton yang memberi maklum balas.
Gaji permulaan memberi gambaran kepada kualiti pendidikan di negara kita. Dalam hal ini ia memerlukan semua pihak memainkan peranan penting untuk memacu dan kembalikan ekonomi negara. Industri mesti prihatin dalam mengimbangi hasil perniagaan dan tanggungjawab kepada sumber manusia, terutamanya graduan muda. Dengan pelbagai insentif yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dalam menggalakkan perkembangan sektor ekonomi, seharusnya ia boleh dipertimbangkan.
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Yeoh Pei Ann dan Cik Maryann Magdalina Linnis dari Fakulti Muzik. Terima Kasih kepada Leitto Kahve dan pasukan baristanya yang diketuai oleh Dr. Fahmi Abdul Rahim, Encik Zamzuri Ahmad Nazri, Cik Nur Khalisah Muhamed Zulkifli, dan Encik Muhammad Asyraf Ramlan. Penghargaan juga buat Puan Noor Ibtisam Abdul Karim, Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan yang turut membantu menjayakan program ini. ( UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi )

Source

https://youtu.be/3XyRMobD9XY

Citation

“ISSUE OF ENTRY LEVEL SALARY: “TRUST THE GRADUATES AND GIVE THEM EQUAL OPPORTUNITIES”.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 24, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/28.

Output Formats

Geolocation