UiTM RECEIVES RM5.5M FUND FROM PENJANA KPT-CAP FUND AT THE LAUNCH OF MOHE X SHOPEE.

Title

UiTM RECEIVES RM5.5M FUND FROM PENJANA KPT-CAP FUND AT THE LAUNCH OF MOHE X SHOPEE.
UiTM TERIMA DANA RM5.5 JUTA PENJANA KPT-CAP DI PELANCARAN MOHE X SHOPEE ( Shopee )

Description

Alhamdulillah, about 12,000 graduates will benefit from the implementation of the MoHE x Shopee: Siswa Mall programme, which provides training in e-commerce and online business skills to graduates of Malaysian institutions of higher learning (IPT), said YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Higher Education, recently at the Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam in conjunction with the launch of MOHE X Shopee.
I would like to express my appreciation and special thanks to YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Higher Education and Ministry of Higher Education for the trust given to UiTM as the host of the launching ceremony. Thanks also to the YB Minister for officiating the event and presenting the RM5.5 million Penjana KPT-CAP Fund to UiTM.
UiTM also welcomes the top management from the Ministry of Higher Education, representatives of Public Universities, Shopee and all those involved in ensuring that the event runs smoothly and successfully.
The event is co-organised by the MoHE and MASMED, UiTM (Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development); an academy established by UiTM to develop and offer entrepreneurial programmes for Keluarga UiTM especially to students and graduates.
Thank you KPT for always being proactive in helping to improve the marketability of graduates.
Alhamdulillah, kira-kira 12,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall yang menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga secara dalam talian kepada para graduan institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, ucap YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi semasa di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam sempena Pelancaran MOHE X Shopee baru-baru ini.
Saya mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih khususnya kepada YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ( Dato' Dr. Noraini Ahmad ), Menteri Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi atas kepercayaan yang diberikan kepada UiTM sebagai hos bagi majlis pelancaran tersebut. Terima kasih juga kepada YB Menteri atas kesudian menghadiri merasmikan majlis pelancaran yang cukup bermakna ini dan seterusnya menyampaikan dana RM5.5 Penjana KPT-CAP kepada UiTM.
UiTM juga mengalu-alukan kehadiran barisan pengurusan tertinggi dari Kementerian Pengajian Tinggi ( Kementerian Pengajian Tinggi ) wakil-wakil Universiti Awam, pihak Shopee serta semua yang terlibat dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar dan jayanya.
Acara ini dianjurkan bersama oleh KPT dan MASMED ( Masmed Universiti Teknologi Mara ), UiTM (Akademi PKS & Pembangunan Keusahawanan Malaysia); sebuah akademi yang ditubuhkan oleh UiTM untuk membangunkan dan menawarkan program keusahawanan untuk Keluarga UiTM khususnya kepada pelajar dan graduan.
Terima kasih kepada KPT yang sentiasa proaktif dalam membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Files

shoppe.jpg
shoppe1.jpg
shoppe2.jpg
shoppe3.jpg
shoppe4.jpg
shoppe5.jpg
shoppe6.jpg
shoppe7.jpg

Citation

“UiTM RECEIVES RM5.5M FUND FROM PENJANA KPT-CAP FUND AT THE LAUNCH OF MOHE X SHOPEE.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/29.

Output Formats