Mr. Jamalludin Appointrd As The New Chief Librarian Of Universiti Teknologi Mara

293107090_179362834487547_5645649289591930912_n.jpg

Title

Mr. Jamalludin Appointrd As The New Chief Librarian Of Universiti Teknologi Mara

Description

Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman holds a Bachelor of Science in Library and Information Science and a Master of Science in Information Management from Universiti Teknologi MARA (UiTM). Jamal has worked at UiTM for 36 years, previously at UiTM Perak and Sarawak branches, and is presently at UiTM Shah Alam.
Among his contributions are the success of the Read@UiTM programme, Library Outreach@PTAR, international collaboration with libraries in Indonesia and Thailand, and involvement as Project Director of the UiTM Reading Habits Research and UiTM KKM Effectiveness Research, as well as being the Journal of Academic Library Management's Editor-in-Chief (AcLiM).
Apart from his core duties as the Chief Deputy Librarian at the PTAR Library Services Department and the Deputy Chairman of Kuala Lumpur Book City (KLWBC) for Malaysian Public University Libraries, Jamal also presents papers at several seminars and symposia at the national and international levels. In addition, he was invited to become a guest speaker for university-level courses and a resource centre development panelist at the state level.
Due to his vast experience, contributions, expertise, and leadership qualities, I am pleased to announce his promotion and appointment as Chief Librarian of UiTM, effective June 16, 2022.
May Allah, SWT give him strength, knowledge, and perseverance to lead and contribute to the progress of the Ummah and the nation. ~ RT
ENCIK JAMALLUDIN DILANTIK KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA YANG BAHARU.
Encik Jamalludin bin Haji Sulaiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan dan Maklumat dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Telah berkhidmat selama 36 tahun dengan UiTM, Jamal sebelum ini pernah bertugas di UiTM Cawangan Perak serta Sarawak dan kini di UiTM Shah Alam.
Antara sumbangan beliau adalah seperti menjayakan program Read@UiTM, Library Outreach@PTAR, kolaborasi pengantarabangsaan dengan perpustakaan di Indonesia dan Thailand, serta terlibat sebagai Pengarah Projek Kajian Tabiat Membaca UiTM & Kajian Keberkesanaan KKM UiTM di samping diberi kepercayaan sebagai Ketua Editor Jawatankuasa Penerbitan Journal of Academic Library Management (AcLiM).
Selain tugas hakikinya sebagai Ketua Timbalan Pustakawan di Jabatan Perkhidmatan Perpustakaan PTAR, Jamal juga aktif sebagai pembentang kertas kerja di beberapa seminar dan simposium di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain menjadi penceramah jemputan untuk kursus - kursus peringkat universiti serta panel pembangunan pusat sumber di peringkat negeri. Dalam pada itu, beliau juga dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kuala Lumpur Book City (KLWBC) untuk Perpustakaan - Perpustakaan Universiti Awam Malaysia.
Di atas pengalaman luas, sumbangan, kepakaran dan kualiti kemimpinan beliau, dengan sukacitanya saya mengumumkan kenaikan pangkat dan pelantikan beliau sebagai Ketua Pustakawan UiTM berkuat kuasa 16 Jun 2022.
Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, ilmu dan ketabahan untuk memimpin dan menyumbang kepada kemajuan ummah dan negara. ~RT

Collection

Tags

Citation

“Mr. Jamalludin Appointrd As The New Chief Librarian Of Universiti Teknologi Mara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/288.

Output Formats

Geolocation