UiTM Tuan Rumah Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Petaling

Title

UiTM Tuan Rumah Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Petaling

Description

SHAH ALAM, 31 JULAI 2022 – Universiti Teknologi MARA menjadi tuan rumah peringkat daerah Petaling sempena Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 dan telah menerima kehadiran kontinjen konvoi yang diketuai Puan Wan Norhana Binti Mohamad, merangkap Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Selangor selaku ketua Kontinjen Konvoi bersama 12 kenderaan jenis pacuan empat roda (4×4) dan 25 motor berkuasa tinggi yang diwakili semua kementerian/jabatan/agensi dan NGO.
Flag off Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 telah berlangsung pada 30 Julai 2022 oleh YAB Perdana Menteri di Istana Kehakiman sempena Majlis Pelancaran Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022. Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 ini berkonsepkan “Pass Baton” dengan membawa Baton Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.

Files

Konvoi-Kembara-1-768x512.jpg
Konvoi-Kembara-2-768x512.jpg
Konvoi-Kembara-3-768x512.jpg
Konvoi-Kembara-5-768x512.jpg

Collection

Tags

Citation

“UiTM Tuan Rumah Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia 2022 Peringkat Daerah Petaling,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 8, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/298.

Output Formats