UiTM Rai Kepulangan Wira Atlet Angkat Berat Negara

Title

UiTM Rai Kepulangan Wira Atlet Angkat Berat Negara

Description

SHAH ALAM, 6 OGOS 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) sama-sama menyambut dan meraikan kepulangan wira atlet UiTM Mohamad Aniq Kasdan yang telah memenangi pingat emas dalam acara Angkat Berat yang berlangsung di Sukan Komen Komanwel Birmingham 2022. Turut hadir meraikan kepulangan wira emas atlet UiTM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ialah Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Zamri Abd Kahar, Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM serta beberapa pegawai sukan dari Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Sambutan yang dibuat adalah untuk memberi penghargaan kepada wira emas atlet UiTM yang bukan sahaja mengharumkan nama negara bahkan imej UiTM di persada global, selari dengan hasrat UiTM untuk dikenali di seluruh dunia.

Files

Mohamad-Aniq-1-768x512.jpg
Mohamad-Aniq-2-768x512.jpg
Mohamad-Aniq-3-768x512.jpg
Mohamad-Aniq-4-768x512.jpg

Collection

Citation

“UiTM Rai Kepulangan Wira Atlet Angkat Berat Negara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/301.

Output Formats