Striking A Balance Between ‘DUNIAWI’ (WORLDLY LIFE) And ‘UKHRAWI’ (AFTERLIFE) In A Film That Evokes Unity And ‘TAWBAH’ (REPENTANCE).
Title
Striking A Balance Between ‘DUNIAWI’ (WORLDLY LIFE) And ‘UKHRAWI’ (AFTERLIFE) In A Film That Evokes Unity And ‘TAWBAH’ (REPENTANCE).
Description
I had the opportunity to watch the film "Mat Kilau: The Rise of a Hero", inspired by the story of the struggle of a Malay warrior, Mat Kilau, his father Tok Gajah and his comrades against British colonisation. This film was made possible by the Digital Content Fund (DKD), Malaysia's National Film Development Corporation (FINAS).
In a subsequent session, I invited staff from the Vice Chancellor's Office and members of the VCOSP team to a special screening of this film on 23 July. The staff of the Vice-Chancellor's Office play an important role in ensuring the smooth running of my official duties as Vice-Chancellor and provide executive secretarial services to the management. The VCOSP team is composed of academics and administrative personnel from various departments and disciplines who help to drive numerous special projects and initiatives. It focuses on empowering Bumiputera through higher education, graduate employability, staff, and student welfare, global presence, rankings, sustainability, OKU (persons with disabilities), counselling, application development, and collaboration in the areas of technology, creativity, heritage, and culture, all of which contribute to achieving our common goals GRU2025.
This is a little reflection for those of you reading this post.
The film is peppered with dialogue about Malays and Islam, about unity and the conflicts that lead to disunity. "Mat Kilau: The Rise of a Hero" awakens our minds and touches our souls through the mocking conversations of the antagonists. It reminds us all of the instability of today. The scenes shown in this film evoked feelings of anger and remorse because the Malays were portrayed in the film as if they had never been united and therefore had become weak and wanted to tear each other down. But when (the Malays) unite, even a million guns become ineffective, because unity is the strongest weapon.
Quoting Surah Al-A’raf 7:128 - Moses reassured his people, “Seek Allah’s help and be patient." Indeed, the earth belongs to Allah alone. He grants it to whoever He chooses of His servants. The ultimate outcome belongs only to the righteous. "
The essence of this film is thus revealed in conveying a message that evokes unity and 'tawbah' (repentance) through profound conversations, thus creating a balance between 'duniawi' (worldly existence) and 'ukhrawi' (afterlife).
This is one of the mandates I have maintained to this day, giving me the strength to empower the Bumiputera through education. I believe that those who accompanied me to this screening feel the same. The aim of this event is to provide a platform to the staff and team members to motivate them to achieve the goals of the university.
I believe that this film provides the understanding I described earlier, as well as a self-reflection on one's identity and the importance of moving oneself, family, organisation, race, religion and country forward to ensure economic, political and social sustainability.
It is hoped that the session will help create a healthy ecosystem among the staff and team members involved - through engagement with leaders, social recognition that encourages staff, builds social relationships among colleagues, strengthens friendships and prevents burnout by focusing on work-life balance. These sessions can also be seen as a new alternative to traditional training and seminars. After the screening, all participants were asked to share their experiences and opinions. They were also given an explanation about the aim of the session and the unique approach of the session, which conveys an essential message and at the same time has a meaningful significance.
For the record, the film Mat Kilau was produced in 1892 when the British colonial rulers occupied the land in Pahang. It cost RM8 million and was shot for 100 days in Perak and other places such as Pahang, Melaka and Selangor.
This epic biographical film on Malaysian history is produced by Kembara Studio in association with Skop Production. It is directed by Syamsul Yusof with a cast of great actors including Dato' Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Fattah Amin, Dato' Rahim Razali, Dato' Jalaluddin Hassan, Namron and many more.
As of today (26 July), the film has grossed RM 90 million, which is absolutely amazing. What made us watch the film and think about it at home and draw lessons from it? The bravery of the two brothers (the writers) Shahruddin Dali and his brother Abdul Rahman Dali certainly encourages us in our endeavour to win Allah's favour.
"From Him, we come, and to Him, we return."
Al-Baqarah 2:156
Al-Fatihah For the late hero Mat Kilau.
MENCARI DUNIAWI DAN UKHRAWI DALAM LAYAR YANG MENYERU PERPADUAN, MENYUNTIK KEINSAFAN.
Saya berkesempatan meluangkan masa untuk menonton Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang diilhamkan daripada kisah perjuangan seorang pahlawan Melayu, Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan para sahabatnya menentang penjajahan British. Filem ini dihasilkan menerusi inisiatif Dana Kandungan Digital (DKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Terima Kasih saya ucapkan kepada Pendaftar UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam Nordin atas inisiatif beliau menganjurkan sesi ini bersama dengan Majlis Eksekutif UiTM, Pengurusan Kanan, para pegawai UiTM dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam sesi yang diadakan pada 17 Julai.
Kemudian, di sesi yang lain saya membawa staf Pejabat Naib Canselor dan ahli pasukan VCOSP bagi menghadiri ke tayangan khas filem ini pada 23 Julai. Staf di Pejabat Naib Canselor berperanan penting dalam memastikan kelancaran urusan rasmi saya sebagai Naib Canselor dan perkhidmatan keurusetiaan eksekutif. Sementara itu, ahli pasukan VCOSP terdiri daripada para pensyarah dan staf pentadbiran dari pelbagai jabatan dan kepakaran berperanan memacu pelbagai projek dan inisiatif khas. Ia memfokuskan kepada pemerkasaan bumiputera melalui pendidikan tinggi, kebolehpasaran graduan, kesejahteran staf dan pelajar, ketampakan global universiti, penarafan, kelestarian, OKU, kaunseling, pembangunan aplikasi serta kerjasama teknologi, kreativiti, warisan dan budaya yang kesemuanya ke arah mencapai aspirasi bersama GRU2025.
Ini adalah refklesi ringkas yang boleh saya kongsikan untuk anda yang sedang membaca hantaran ini.
“Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” sarat dan padat dengan dialog yang membawa mesej mengenai Melayu dan Islam, perpaduan, serta perselisihan yang mengundang perpecahan. Ia memberi peringatan kepada kita semua tentang ketidakstabilan pada hari ini dengan sindiran yang menusuk minda dan jiwa. Lantas adegan-adegan yang dihidangkan mendatangkan perasaan marah dan insaf dek kerana Melayu dalam filem tersebut digambarkan tidak pernah bersatu, lalu menjadi lemah, apatah lagi gemar menjatuhkan sesama sendiri. Namun, jika (Orang Melayu) bersatu, sejuta senjata yang mendatang pun tidak berguna lagi, kerana perpaduanlah menjadi senjata utama yang paling hebat.
Memetik Surah Al-A’raf 7:128 - Musa berkata kepada kaumnya, “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskan-Nya kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Dialog Sindiran perpecahan, seruan Islam penyuluh penyatuan. Mencari duniawi dan ukhrawi dalam layar yang memanggil perpaduan dan perjuangan atas perintah Allah. Inilah intipati utama dalam filem ini.
Ucapan-ucapan yang terbit dalam watak-watak filem ini meremangkan bulu roma kami semua yang menontonnya - “Orang Melayu tidak akan kekal mulia dengan adat, kesultanan dan budaya semata-mata. “Tapi kita akan kekal mulia kerana akidah jika berpegang teguh dengan Islam. Di situlah terletak kemuliaan orang-orang Melayu yang sebenar. “Wahai saudaraku Allah adalah kekuatan kita, untuk mencari kekuatan carilah Allah!”.
Inilah antara amanat yang hingga ke hari ini, berlegar di minda saya, memberi semangat dalam memperkasa bumiputera menerusi pendidikan. Saya yakin mereka yang bersama dengan saya dalam tayangan ini turut merasai dan menjiwainya. Tujuan sesi ini diadakan adalah menyediakan platform yang menghimpunkan warga kerja dan ahli pasukan dalam program yang dapat menyuntik semangat dan motivasi mereka mencapai aspirasi universiti. Menerusi karya ini, saya percaya ia menyuntik penghayatan yang saya sebutkan tadi di samping ia memberi refleksi kendiri tentang jati diri dan peri pentingnya memajukan diri, keluarga, organisasi, bangsa, agama dan negara demi menjamin kelestarian ekonomi, politik dan sosial.
Diharapkan menerusi sesi tersebut dalam mewujudkan ekosistem yang sihat di kalangan warga kerja dan ahli-ahli pasukan yang terlibat menerusi libat urus antara staf dan pemimpin, sebagai pengiktirafan sosial yang memberi dorongan kepada staf, membina hubungan sosial antara rakan sekerja mengeratkan silaturahim dan mencegah kelesuan melampau (burnout) dengan memberi tumpuan terhadap kesejahteraan yang seimbang (work-life balance). Sesi seperti ini juga boleh dilihat sebagai alternatif baharu selain daripada latihan dan seminar yang bersifat konvensional. Selesai tayangan, mereka semua dikehendaki berkongsi pengalaman dan pandangan serta diberi penerangan tujuan ia diadakan serta uniknya sesi pendekatan tersebut dalam menyampaikan mesej penting sekaligus memberi makna yang signifikan.
Untuk rekod, filem Mat Kilau dihasilkan dalam suasana 1892 ketika kolonial British menduduki tanah di Pahang. Ia menelan kos RM8 juta dan menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak dan lokasi lain termasuk di Pahang, Melaka dan Selangor.
Diterbitkan oleh Kembara Studio dengan kerjasama Skop Production arahan Syamsul Yusof, filem biografi epik sejarah Malaysia ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Dato’ Adi Putra, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Fattah Amin, Dato' Rahim Razali, Dato' Jalaluddin Hassan, Namron dan ramai lagi.
Sehingga kini (26 Julai) kutipannya mencecah RM 90 juta, ia sungguh luar biasa. Apakah yang membuatkannya memanggil kita semua untuk menonton ? hinggakan kembali ke rumah dengan renungan dan iktibar untuk dikongsikan. Pastinya hasil garapan berani oleh dua bersaudara Shahruddin Dali dan abangnya Abdul Rahman Dali membangkitkan semangat dan tujuan kita dalam mencari keredhaan Allah SWT. ~RT
Date
Collection
Citation
“Striking A Balance Between ‘DUNIAWI’ (WORLDLY LIFE) And ‘UKHRAWI’ (AFTERLIFE) In A Film That Evokes Unity And ‘TAWBAH’ (REPENTANCE).,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/302.