CTWR 2022 Episod 7 Bersama Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman & Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah
Title
CTWR 2022 Episod 7 Bersama Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman & Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah
Description
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Sekali lagi CTWR 2022 Episod 7 telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Pada kali ini, saya telah menjemput dua tamu panelis untuk membincangkan mengenai “Global Goals: UiTM at the Forefront in Championing Sustainable Cities and Communities”, iaitu Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI), Universiti Teknologi MARA (UiTM); dan Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah, Dekan, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
CTWR 2022 Episod 7 turut diserikan oleh persembahan muzik daripada Kumpulan String Quartet yang diketuai oleh Encik Radzali Mustaffa dari Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dalam episod kali ini, Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman telah berkongsi mengenai usaha dan peranan Pejabat TNCPI bagi memastikan kelestarian penyelidikan dan inovasi berkaitan Global Goals 11 di UiTM khususnya untuk mencapai status GRU2025.
Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah pula memberikan pandangan mengenai usaha dan peranan yang perlu ada dalam memastikan UiTM mencapai agenda kelestarian bandar & komuniti atau Global Goals 11.
Prof. Ts. Dr. Norazah berkata Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) (TNCPI) UiTM sangat komited dalam menyokong kelestarian penyelidikan di UiTM berdasarkan 4 komponen iaitu People, Operation, Ecosystem dan Output.
Kumpulan penyelidik UiTM juga adalah dari kelompok yang mampu berperanan dalam memberikan impak tinggi kepada masyarakat sejagat. Sebagai contoh, satu kumpulan penyelidikan UiTM telah menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan taraf hidup keluarga kategori B40 kepada kategori M40.
UiTM juga telah menubuhkan Institut Biodiversiti & Pembangunan Lestari (IBSD) pada 3 Jun 2020 lepas sebagai pemacu kepada agenda pembangunan lestari yang akan menyerlahkan peranan UiTM dalam Global Goals 11.
UiTM semakin terkehadapan dalam menyokong Sustainable Development Goals secara umumnya dan SDG 11 secara khasnya dengan pelaporan aktiviti UiTM dalam SDG dari tahun 2019 sehingga tahun 2021 dalam buku yang dinamakan ‘The Global Goals’. Dari aspek Global Goals 11 juga, UiTM juga memiliki 102 projek perundingan penyelidikan dengan nilai RM5 juta, 268 geran penyelidikan dan sejumlah 101 Perlindungan Hak Cipta.
SDGTriangle@UiTM juga telah diwujudkan dan warga UiTM telah menjalankan penyelidikan di 4 lokasi utama iaitu di Taman Negara Pahang; Taman Negara Ledang, Johor; Royal Belum, Perak; dan Pulau Tuba, Kedah. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan untuk warga penyelidik UiTM menjalankan 116 buah projek penyelidikan untuk menyokong Global Goals 11. Sustainable Development Goals (SDG) Research @ Borneo juga ditubuhkan untuk menyokong Global Goals 11 dalam aktiviti kolaborasi penyelidikan bersama universiti-universiti lain di kepulauan Borneo.
Warga penyelidik UiTM juga terlibat dengan Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) dan Kajian Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) yang berkaitan dengan Global Goals 11.
Ini merupakan salah satu indikator kejayaan UiTM dalam menyokong agenda kelestarian komuniti. Maka tidak hairanlah UiTM baru-baru ini berada dalam kedudukan 101 – 200 institusi teratas dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2022.
Saya juga berharap supaya setiap warga UiTM memenuhi pelan nisbah ‘1 Staf - 1 Penerbitan sebagai corresponding author ’ dalam mana-mana penerbitan. Mudah-mudahan, sasaran untuk 3,800 penulisan jurnal dan 4,700 penulisan prosiding persidangan pada tahun ini akan tercapai.
Dengan pelbagai kejayaan dan inistiatif ini, saya pasti pejabat TNCPI akan terus menyokong agenda kelestarian bandar & komuniti di Malaysia.
Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah pula berkata kelestarian bandar & komuniti bermaksud keadaan yang mencapai tahap pembangunan tinggi dari segi sosial, ekonomi dan fizikal yang berkekalan untuk generasi yang akan datang. Saya bersetuju dengan pandangan Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah bahawa bandar yang lestari perlu memastikan keselamatan penghuninya dari bencana, seperti yang dinyatakan oleh The United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat). UN-Habitat diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) untuk mempromosikan bandar dan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar dengan matlamat menyediakan tempat perlindungan yang mencukupi untuk semua.
Saya juga bersetuju bahawa rakyat perlu dipersiapkan untuk memahami bahawa perancangan bandar, kelestarian bandar & komuniti adalah melibatkan penglibatan awam. ‘Sense of Belonging’ dan ‘Sense of Ownership’ untuk sama-sama membangunkan sesuatu kawasan adalah penting untuk membangunkan komuniti yang harmoni.
Saya juga gembira kerana FSPU juga telah memastikan kurikulum pengajaran dan pembelajarannya telah meliputi komponen kelestarian bandar tidak kira ‘design based’ atau ‘non-design based’.
Selain itu semua program akademik di FSPU mendapat pengiktirafan dan akreditasi dari pelbagai badan professional seperti Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Perancang Bandar Malaysia dan lain-lain lagi. FSPU juga telah dianugerahkan sebagai fakulti yang memperoleh nilai perundingan tertinggi di UiTM pada tahun 2021 oleh UiTM Technoventure.
Saya berharap FSPU akan terus menjadi pemandu utama dalam Sustainable Development Goal 11 di negara ini, terutama dalam aspek rekaan pelan induk perbandaran dan ruang yang mampan, pembinaan yang melibatkan pengurangan bahan buang dan juga pengurangan kos serta dalam aspek ekonomi putaran (Circular Economy), penyelenggaraan bangunan yang mampan, rumah mampu milik dan lain-lain lagi.
Saya juga percaya perancangan FSPU untuk berkolaborasi dengan pemegang taruh lain dalam kajian berkaitan sektor pertanian dan bandar pintar akan melonjakkan lagi nama UiTM di negara ini.
Syabas saya ucapkan buat kedua-dua tamu panelis dan warga UiTM.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah-dan pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman dan Prof. TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah.
Jumpa lagi di CTWR Episod 8!
CTWR 2022 EPISODE 7 WITH PROF. TS. DR. NORAZAH ABD RAHMAN & PROF. TPr. DR JAMALUNLAILI ABDULLAH
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Once again CTWR 2022 Episode 7, has struck a balance between relaxed but informative content.
This episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel on 14 July 2022 at Dewan Resital Panca Sakti, Bangunan Pusat Kebudayaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
This time, I invited two panellists to talk about "Global Goals: UiTM in Championing Sustainable Cities and Communities", namely Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman, Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation), Universiti Teknologi MARA (UiTM); and Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah, Dean of the Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
CTWR 2022 Episode 7 also featured a musical performance by Kumpulan String Quartet, led by Encik Radzali Mustaffa from the Conservatory of Music, College of Creative Arts, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
In this episode, Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman shared the efforts and role of the TNCPI office to ensure the sustainability of research and innovation in relation to Sustainable Development Goal 11 at UiTM, especially to achieve GRU2025 status.
Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah gave his views on the efforts and roles that need to be played to ensure that UiTM achieves the Urban and Community Sustainability Agenda for Sustainable Development Goal 11.
Prof. Ts. Dr. Norazah explained that her office is very committed to supporting the sustainability of research at UiTM based on 4 components namely People, Operation, Ecosystem, and Output.
The UiTM research group is also in a position to make a significant impact on the global community. For example, a UiTM research group has conducted research to improve the living standards of B40 to M40 families.
UiTM also established the Institute for Biodiversity and Sustainable Development (IBSD) on the 3rd of June 2020 as a driving force for sustainable development and will therefore highlight UiTM's role in Global Goals 11.
Currently, UiTM is taking a leading role in supporting the Sustainable Development Goals in general and Sustainable Development Goal 11 in particular. A book titled 'The Global Goals' reports on UiTM's SDG activities from 2019 to 2021. In relation to Global Goal 11, UiTM also has 102 research consultancy projects worth RM5 million, 268 research grants, and a total of 101 copyright protections.
SDGTriangle@UiTM was also established and UiTM members conducted research activities at 4 prominent locations, namely Taman Negara Pahang; Taman Negara Ledang, Johor; Royal Belum, Perak; and Pulau Tuba, Kedah. A total of RM2 million was allocated to UiTM researchers to conduct 116 research projects in support of SDG 11. Sustainable Development Goals (SDG) Research @ Borneo was also established to support Global Goals 11 in various research activities in collaboration with other universities in the Borneo archipelago.
UiTM researchers also participated in the Kajian Indeks Keselamatan Sempadan Negara (IKSN) and Kajian Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) linked to SDG 11.
This is one of the indicators of UiTM's success in supporting the sustainable development agenda in the community. It is therefore not surprising that UiTM was recently listed among the top 101 - 200 institutions in the Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2022.
I also hope that all UiTM staff will support the '1 Staff with 1 Publication as Corresponding Author' plan. We hope to reach the target of 3,800 journal publications and 4,700 conference proceedings this year.
Through these various achievements and initiatives, I am confident that the TNCPI office will continue to contribute to the sustainable development agenda for cities and communities in Malaysia.
Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah said that the sustainability of cities and communities is a state where a high level of social, economic, and physical development is achieved and sustainable for the next generation. I agree with Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah that a sustainable city must ensure the safety of its residents in the event of disasters as declared by the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat). UN-Habitat is mandated by the United Nations to promote socially and environmentally sustainable cities and communities with the aim of creating adequate housing for all.
I also agree that people need to be made aware that urban planning, urban sustainability, and community sustainability require public participation. A sense of belonging and ownership is essential for the development of a harmonious community.
I am also pleased that the Faculty of Architecture, Planning and Surveying has ensured that its teaching and learning programme covers the urban sustainability component, whether it is "design-based" or "non-design-based".
In addition, all academic programmes in the Faculty of Architecture, Planning and Surveying are accredited by various professional organisations, such as the Board of Architects Malaysia and the Board of Town Planners (among others). The faculty was also recognized by UiTM Technoventure as the faculty that achieved the highest consultancy value at UiTM in 2021.
I hope that the Faculty will continue to be the driving force in the implementation of Sustainable Development Goal 11 in this country, especially with regard to sustainable building and master plan design, construction projects that include waste reduction and cost reduction as well as the circular economy aspect, the maintenance of sustainable buildings, affordable housing and much more.
I also believe that the faculty's plan to collaborate with other stakeholders in the field of agriculture and the smart city will make UiTM widely known.
Well done to both invited panellists and everyone at UiTM.
I would like to thank and congratulate all the Coffee Talk With Rozie team, the technical team, the lecturers and students of the College of Creative Arts and of course the guest panellist, Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman and Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah.
Date
Citation
“CTWR 2022 Episod 7 Bersama Prof. Ts. Dr. Norazah Abd Rahman & Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/304.