44,822 Freshies Sing The "UiTM Di Hatiku" With Their Heart And Soul

Title

44,822 Freshies Sing The "UiTM Di Hatiku" With Their Heart And Soul

Description

Alhamdulillah, the Student Orientation Week (Minggu Destini Siswa-MDS) for the October 2022 - February 2023 session went off without a hitch, with 44,822 new students attending from all 34 UiTM campuses. At the ceremony, I delivered a special address to the new students, which took place in a hybrid mode on 07 October 2022.
I reminded them about six things; here are the key takeaways;
First – Register for the subject according to the programme offered. Find out the amount of Credit registered. 1 Credit is equivalent to 40 hours of learning that must be allocated in one semester. Therefore, manage your time efficiently.
Second - Set a goal of at least a 3.3 / B+ GPA at the start of your first semester if you wish to graduate with distinction by maintaining a CGPA higher than 3.0 each following semester.
Third - Make the UiTM library your trusted best buddy. Download the UiTM Library app today to have access to digital resources in addition to in-person visits.
Fourth – Adapt yourself to campus life. Get to know lecturers, batchmates, lecture halls/studios and so on—Master the note-taking and speed reading methods. Most importantly, plan ahead for your assessments and final exams.
Fifth – Find out about the university's services, support and aid, such as scholarships, zakat, alms, counselling, religious programmes, banking services, health & safety, hostels and many more. Visit UiTM's official website and social media to get the latest and correct info. And follow me on my Facebook page - Rozie Times- to learn about important events and recent achievements by Keluarga UiTM.
Sixth - Read and understand the rules and regulations concerning academic and student affairs.
Every day at university, you'll encounter something new and exciting. It is an opportunity to grow and develop not just as a student but also as a person. But make sure that you lead a healthy balanced lifestyle. Therefore, I encourage all students to participate in sports, recreational activities, and co-curricular including religious/spirituality programmes, while never ignoring your mental health and well-being. Get assistance immediately if you have a problem. Contact the Student Representative Council and the Residential College Representative Committee, or talk to a Virtual Buddy through WhatsApp UiTM BETTERTALK. We experience life in many ways along the road, so university is more than just getting a degree; it reconnects you to the world and your life purpose. ~RT
44,822 PELAJAR BAHARU NYANYIKAN “UiTM DI HATIKU” DENGAN PENUH SEMANGAT.
Alahmdulillah, Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Oktober 2022 - Februari 2023 telah berlangsung dengan lancar melibatkan 44,822 orang mahasiswa baharu di seluruh 34 kampus UiTM. Di majlis tersebut saya telah menyampaikan amanat kepada para pelajar baharu yang berlangsung secara hibrid pada 07 Oktober 2022.
Saya berpesan mengenai 6 perkara, ini adalah intipatinya ;
Pertama – Daftar subjek mengikut program yang ditawarkan. Ketahui jumlah Kredit yang berdaftar. 1 Kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran yang mesti diperuntukkan dalam satu semester. Oleh itu,urus masa anda dengan bijak.
Kedua – Tetapkan sasaran sekurang-kurangnya 3.3 / B+ GPA pada permulaan semester pertama anda jika anda ingin lulus dengan cemerlang dengan mengekalkan PNGK lebih tinggi daripada 3.0 setiap semester berikutnya.
Ketiga – Jadikan perpustakaan UiTM sebagai rakan karib. Muat turun sekarang applikasi UiTM Library untuk akses bahan rujukan secara digital selain berkunjung secara fizikal.
Keempat – Sesuaikan diri anda dengan dunia kampus. Kenali pensyarah, rakan-rakan, dewan kuliah/studio dan sebagainya. Pelajari teknik mengambil nota, kuasai kemahiran speed reading. Paling penting, buat persediaan awal untuk penilaian dan peperiksaan akhir.
Kelima – Ketahui bantuan dan perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh universiti seperti biasiswa, zakat, sedekah, kaunseling, keagamaan, perbankan, kesihatan & keselamatan, asrama serta banyak lagi. Layari laman web dan media sosial rasmi UiTM untuk mendapatkan info terkini dan sahih. Dan, Ikuti laman sosial Naib Canselor yang dikenali sebagai Rozie Times untuk ketahui peristiwa penting dan pencapaian mutakhir Keluarga UiTM.
Keenam – Baca dan fahami dengan jelas, peraturan – peraturan universiti yang berkaitan dengan hal ehwal akademik dan pelajar.
Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa, setiap hari anda akan menemui sesuatu yang baharu dan mengujakan. Ia adalah peluang untuk anda berkembang lebih matang bukan sahaja sebagai pelajar universiti tetapi seorang insan.
Namun pastikan anda menjalani gaya hidup sihat yang seimbang. Saya mahukan mahasiswa melibatkan diri dengan aktiviti kesukanan, riadah, ko-kurikulum serta kerohanian/keagamaan tanpa mengabaikan kesihatan mental dan kesejahteraan diri. Sekiranya anda mengalami masalah, segeralah dapatkan bantuan. Bercakaplah dengan Virtual Buddy menerusi WhatsApp UiTM BETTERTALK atau hubungi Majlis Perwakilan Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman. Sesungguhnya kita melayari kehidupan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran, belajar di universiti bukan hanya sekadar untuk menggenggam segulung ijazah; ia menghubungkan anda semula dengan landasan dunia dan matlamat kehidupan yang sebenar. ~RT

Source


Date

Files

309212419_180350887851048_5996391546387485255_n.jpg
306007120_180350934517710_3876163513199740874_n.jpg
309390792_180350957851041_8390108674265343459_n.jpg
310985178_180350864517717_7894085207206375716_n.jpg
295249229_180350911184379_7533760530247152956_n.jpg
308496363_180350974517706_6299207186009918456_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“44,822 Freshies Sing The "UiTM Di Hatiku" With Their Heart And Soul,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/339.

Output Formats

Geolocation