NAVIGATING THE FACULTY IS LIKE FLYING A KITE.

Title

NAVIGATING THE FACULTY IS LIKE FLYING A KITE.
MENGEMUDI FAKULTI IBARAT MENERBANGKAN LAYANG-LAYANG

Subject

Education

Description

The Faculty of Education (EDU) will be celebrating its 25th anniversary next year. An important fact I discovered during my walkabout tour to the faculty. The session was held in a hybrid mode and I was moved by the faculty's unique approach in preparing a creative space for this tour.
Housing 71 academics and 20 administrative staff, the faculty currently has 62 percent of its academics holding PhDs, while its TESL graduate employment rate is 100 percent. Aside from TESL, EDU provides a wide range of educational fields such as STEM, Physical and Health Education, Arts, Instructional Technology, and others. The EDU eco-systematic approach addresses the creation of a conducive learning environment, that includes academic personnel, curriculum, facilities and resources, and student activities. For example, EDU has taken the initiative to finance 17 students to attend the CIDL Asian programme as well as given incentives to enhance scholarly publication among academics.
GRU2025 is our shared aspiration, therefore I would encourage anyone who is applying Network Theory to strive towards it, and administrators must be involved with academics in carrying out the plan. At the same time, I encouraged 11 EDU academicians who were seconded to other departments within the system to use the chance to advance this faculty. Simultaneously, they should engage with the community, for example, by organising spiritual programmes with the surrounding Muslim community.
Metaphorically, life is like flying a kite, therefore having a well-aligned operational model is critical when speed and agility are at a premium. Navigating the faculty is therefore like flying a kite, as it requires the leader and everyone to be on the same page and spirit in order to achieve the vision.
During the Q&A session, I was glad to hear comments from Dr Lili Susana Jamian and Mr. Mohd Fadhli, as well as Ms. Munirah Mohd Izam a.k.a Moon, who responded to my question about future skills such as time management. "Manage our time efficiently, via five times prayer," she said, and I wholeheartedly agree.
During the event, I had the opportunity to virtually engage in Mr Ahmad Fahmi Zulkifli's 'Brain Break' exercise. Then, Mr. Sumardianshah Silah led a Batik Pelangi activity at the venue, and I greatly appreciated EDU's support in sponsoring a batik pelangi for Coffee Talk with Rozieā€˜s guest panellists.
Fakulti Pendidikan (EDU) akan menyambut ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun depan. Saya dimaklumkan perkara ini semasa lawatan ke fakulti yang dijalankan secara hibrid dan saya terharu dengan pendekatan unik fakulti yang menyediakan ruang kreatif untuk lawatan ini.
EDU mempunyai 71 ahli akademik dan 20 kakitangan pentadbiran dengan 62 peratus ahli akademiknya memiliki PhD, manakala kadar kebolehpasaran graduan TESL-nya adalah 100 peratus. Selain TESL, EDU menawarkan pelbagai bidang pendidikan seperti STEM, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Seni, Teknologi Instruksional dan banyak lagi. Pendekatan ekosistem EDU mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, ini merangkumi kakitangan akademik, kurikulum, kemudahan dan sumber, dan aktiviti pelajar. Sebagai contoh, EDU telah mengambil inisiatif untuk membiayai 17 pelajar untuk menghadiri program CIDL Asia serta insentif untuk meningkatkan penerbitan ilmiah dalam kalangan ahli akademik.
GRU2025 adalah aspirasi kita bersama, oleh itu saya menggalakkan semua warga mengaplikasikan Teori Rangkaian untuk berusaha ke arah itu, dan pentadbir mesti terlibat dengan ahli akademik dalam menjayakan pelan tersebut. Pada masa yang sama, saya mensyorkan 11 ahli akademik EDU yang kini dipinjamkan ke jabatan lain dalam sistem universiti untuk mengambil peluang untuk memajukan fakulti ini. Sementara itu libatkan diri dengan aktiviti bersama masyarakat, misalnya dengan menganjurkan program kerohanian bersama komuniti Islam sekitar.
Secara metafora, kehidupan adalah seperti menerbangkan layang-layang, oleh itu mempunyai model operasi yang sistematik adalah penting apabila masa dan ketangkasan menjadi keutamaan. Oleh itu, mengemudi fakulti adalah seperti menerbangkan layang-layang, dan ia memerlukan pemimpin dan semua staf sepakat dan semangat untuk mencapai visi tersebut.
Semasa sesi Soal Jawab, saya gembira mendengar maklum balas dari Dr Lili Susana Jamian dan En Mohd Fadhli, serta Cik Munirah Mohd Izam atau dipanggil mesra sebagai Moon, yang menjawab soalan saya tentang kemahiran masa depan seperti pengurusan masa. "Uruskan masa kita dengan cekap, melalui solat lima waktu," katanya, dan saya sememangnya bersetuju dengan beliau.
Semasa program Walkabout, saya berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti 'Brain Break' oleh En Ahmad Fahmi Zulkifli secara maya. Kemudian, En Sumardianshah Silah mengetuai aktiviti Batik Pelangi di lokasi Walkabout, dan saya amat menghargai sokongan EDU dalam menaja batik pelangi untuk Coffee Talk with Rozie kepada panelis jemputan yang hadir.

Source

Relation

https://youtu.be/WqKzJ_Ckw04

Files

edu8.jpg
edu7.jpg
edu6.jpg
edu5.jpg
edu4.jpg
edu3.jpg
edu2.jpg
edu1.jpg
edu.jpg
edu9.GIF

Citation

“NAVIGATING THE FACULTY IS LIKE FLYING A KITE.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 20, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/34.

Output Formats