CELEBRATE THE DIFFERENCES AS WE DRIVE GRU2025

Title

CELEBRATE THE DIFFERENCES AS WE DRIVE GRU2025
RAIKAN PERBEZAAN DALAM KITA MEMACU GRU2025

Description

The walkabout tour at the Faculty of Hotel & Tourism Management (FHTM) began with a dua recitation by Dr Muhammad Izzat Zulkifly and held in a hybrid format. During the lecture, I learned that the graduate employability rate at this faculty is 81.2 percent (year 2021). Meanwhile, 56% of its academic staff are PhD holders, with 3 appointed Professors and 12 Associate Professors. At the moment, FHTM has 1,583 students enrolled in its diploma, undergraduate and post-graduate programmes.
FTHM operates two hotels in Shah Alam and Puncak Alam for public and corporate events, providing students with the chance to learn and experience real-world operations of a hotel. I believe in the faculty's humanistic management strategy because through it, the faculty has positioned itself in the correct momentum of success and potentially can advance to achieve objectives linked with the GRU2025.
I thanked the faculty for organising the '21 Hours with Industries' event that resulted in 15 students presently getting training at the Hilton Ras Al-Khaimah in the UAE. During the Q&A, Vyner Anak Jonny, a Bachelor of Hotel Management (Hons) student, reacted to my suggestion that FHTM use a similar platform applied by the Faculty of Dentistry to grade students' work online. For that, please FTHM could benchmark its evaluation system with the Dentistry faculty.
Lawatan ke Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (FHTM) dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr Muhammad Izzat Zulkifly dan diadakan dalam format hibrid. Semasa pembentangan, saya dimaklumkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan di fakulti ini adalah 81.2 % (Tahun 2021). Sementara itu, 56% daripada kakitangan akademik berkelulusan PhD, dengan 3 di antaranya lantikan Profesor dan 12 Profesor Madya. Pada masa ini, FHTM mempunyai 1,583 pelajar yang mendaftar dalam program diploma, sarjana muda dan pasca-siswazah.
FTHM mengendalikan dua hotel di Shah Alam dan Puncak Alam yang dibuka kepada awam dan korporat menjalankan acara, di samping memberikan pelajar peluang untuk belajar dan menimba pengalaman operasi sebenar sesebuah hotel. Saya percaya dengan strategi pengurusan kemanusiaan fakulti kerana saya anggar fakulti mampu mengekalkan momentum kejayaan yang bersasar dan berpotensi untuk melonjak dalam usaha mencapai objektif sejajar dengan GRU2025.
Saya berterima kasih kepada fakulti kerana menganjurkan acara '21 Jam dengan Industri' sehingga memberi peluang kepada 15 pelajar mendapat latihan di Hilton Ras Al-Khaimah di UAE. Semasa Soal Jawab, Vyner Anak Jonny, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel (Kepujian), memberi reaksi terhadap cadangan saya supaya FHTM menggunakan platform serupa yang diaplikasikan oleh Fakulti Pergigian untuk menggredkan tugasan pelajar secara dalam talian. Untuk itu, sila lakukan lawatan penandaarasan ke fakulti Pergigian.

Source


Files

HOTEL2.jpg
HOTEL1.jpg
HOTEL.jpg

Collection

Tags

Citation

“CELEBRATE THE DIFFERENCES AS WE DRIVE GRU2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 2, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/33.

Output Formats