NEXUS: A New Public Sculpture As A Metaphor For Knowledge And Growth
Title
NEXUS: A New Public Sculpture As A Metaphor For Knowledge And Growth
Description
The NEXUS Sculpture was unveiled on October 18 near the Seroja roundabout UiTM Shah Alam. The sculpture is the fifth to be created on the Shah Alam campus, after the "Movement Series" (1982) at Kompleks Ilham, "Movement in Stillness" (2001) at Menara SAAS, "Motion and Stillness" (2003) at Dataran Cendekia, and "MIM" (2006) at the Tuanku Syed Sirajuddin Chancellery Building. Hence, I'd like to commend the Infrastructure and Infostructure Development Office for taking the initiative in installing the fifth public sculpture designed by Associate Professor Ramlan Abdullah, a nationally renowned sculptor, in collaboration with his sculpture design team.
NEXUS represents the metaphorical interweaving connection of knowledge and growth among UiTM members who believe in sharing it. It stands 7.4 metres tall and has an organic form comparable to a seed, symbolising the ultimate essence of the knowledge quest.
Meanwhile, I hope that the warga will surround themselves with nature while making art and turn this institution into an open gallery, resulting in additional public sculptures in the future. With that, I hereby declare the Shah Alam Campus to be an Open Gallery, where sculptors may create more artistic and functional public sculptures while art enthusiasts can collaborate with our resident artists and at the same time admire our campus' picturesque surroundings.
NEXUS: ARCA AWAM BAHARU SEBAGAI METAFORA TERHADAP ILMU DAN KEMAJUAN.
Majlis Perasmian Arca NEXUS di Bulatan Seroja UiTM Shah Alam telah diadakan pada 18 Oktober 2022. Arca tersebut merupakan yang kelima selepas arca-arca awam lain yang dibina di sekitar kampus Shah Alam iaitu “Movemement Series” (1982) di Kompleks Ilham, “Movement in Stillness” (2001) di perkarangan Menara SAAS, kemudian “Motion and Stillness” (2003) di Dataran Cendekia serta “MIM” (2006) di perkarangan Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin. Sehubungan itu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur atas inisiatif membina arca awam yang kelima ini, yang dikenali sebagai NEXUS. Ia mendapat sentuhan kreatif oleh pengarca tersohor negara, Profesor Madya Ramlan Abdullah dengan kerjasama ahli pasukan beliau.
Secara simboliknya NEXUS menjadi penghubung dan jalinan sebagai metafora percambahan ilmu dan kemajuan di kalangan warga UiTM yang berkongsinya antara satu sama lain. Dengan ketinggian 7.4 meter ia menampilkan struktur organik seperti anak benih yang membawa mesej zat dalam mencari ilmu.
Dalam pada itu saya juga berharap agar warga UiTM menjadikan alam sebagai tempat berkarya dan menjadikan universiti ini sebagai galeri terbuka dengan mewujudkan lebih banyak arca awam pada masa akan datang. Dengan itu, saya mengisytiharkan Kampus Shah Alam sebagai Galeri Terbuka, di mana pengarca boleh menghasilkan lebih banyak arca awam yang artistik dan fungsional manakala peminat seni boleh berkolaborasi dengan artis residen dan menghayati persekitaran kampus kita yang indah. ~RT
Date
Collection
Citation
“NEXUS: A New Public Sculpture As A Metaphor For Knowledge And Growth,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/348.