Universiti Teknologi Mara Menerima Anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022 Sempena Global Islamic Finance Awards 2022
Title
Universiti Teknologi Mara Menerima Anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022 Sempena Global Islamic Finance Awards 2022
Description
SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya menerima anugerah Islamic Social Responsibility Award 2022 di dalam Global Islamic Finance Awards (GIFA) bagi tahun 2022. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas segala sumbangan tanggungjawab sosial Islam menerusi instrumen Zakat dan Sedekah yang telah banyk membantu para pelajar, kakitangan universiti dan juga masyarakat awam di Malaysia.
Menerusi Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) yang ditubuhkan sejak tahun 1998, UiTM telah menyalurkan bantuan Zakat melebihi RM50 juta kepada lebih 112,000 orang penerima dalam kalangan pelajar dan warga UiTM yang memerlukan. Sumbangan ini merupakan suatu usaha yang mulia dan sangat bermakna kerana ia adalah komitmen dan tanggungjawab bersama seluruh warga UiTM untuk membantu pelajar dan warga UiTM yang memerlukan.