Bulletin: CTWR 2022 Episod 10
Title
Bulletin: CTWR 2022 Episod 10
Description
COFFEE TALK WITH ROZIE 2022 EPISOD 10 BERSAMA PROF MADYA TS. DR. ROSLINDA ALIAS DAN ENCIK MOHAMAD FAIZUL MOHD RUSLAN
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Sekali lagi CTWR 2022 Episod 10 telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Episod kali ini berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 13 Oktober 2022, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Studio Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Media, UiTM Shah Alam.
Pada kali ini, saya telah menjemput dua tamu panelis untuk membincangkan mengenai “Global Goals: UiTM at the Forefront in Empowering Inclusivity and Accessibility to Reduce Inequality”, iaitu Prof Madya Ts. Dr. Roslinda Alias dan Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan.
Prof. Madya Ts. Dr. Roslinda Alias merupakan Pengarah Unit Perkhidmatan OKU (UPO), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan merupakan Pengarah Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
CTWR 2022 Episod 10 turut diserikan oleh persembahan muzik daripada pelajar-pelajar Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.
Dalam episod ini, Prof. Madya Ts. Dr Roslinda Alias memulakan perkongsiannya dengan pengenalan kepada Unit Perkhidmatan Orang Kurang Upaya UiTM (UiTM DSU). Selaras dengan Garis Panduan Pelaksanaan Dasar Inklusif Orang Kurang Upaya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), DSU UiTM telah ditubuhkan pada November 2019 bertujuan untuk menyelaraskan pengurusan dan memastikan hak komuniti OKU mendapat akses penuh kepada pembelajaran dan kemudahan (L&F) dan kehidupan bekerja di UiTM. Selain itu, kesedaran tentang hak dan isu berkaitan OKU juga tidak ketinggalan.
UiTM ialah universiti awam di Malaysia dengan bilangan ahli komuniti OKU terbesar, dengan 387 pelajar OKU, 81 kakitangan OKU dan 364 kakitangan kini berdaftar dengan DSU UiTM. Justeru, UiTM DSU dengan sepenuh hati menyokong misi untuk memupuk persekitaran inklusif untuk semua dan bekerjasama rapat dengan semua entiti dalam sistem UiTM bagi memastikan golongan OKU tidak terpinggir.
Pendidikan inklusif merupakan komponen penting dalam memajukan agenda inklusif di UiTM. Pada tahun 2018, Polisi Pengajian Pelajar Kurang Upaya UiTM, dasar pengajian komprehensif untuk pelajar kurang upaya, telah diperkenalkan. Ini kemudiannya diikuti dengan pengumuman Pendidikan UiTM 5.0. Tunjang ketiga Pendidikan UiTM 5.0, Pembelajaran Bermakna, menekankan kepentingan Reka Bentuk Universal untuk Pembelajaran (UDL). Dan kemudiannya, pada tahun 2021, untuk meluaskan agenda inklusifnya, UiTM memperkenalkan dasar pengajian inklusif untuk kumpulan kurang perwakilan yang dikenali sebagai Polisi Pengajian Inklusif untuk Pelajar Berkeperluan Khusus dan Kurang Terwakili.
Selain itu, kemampanan kewangan adalah salah satu elemen penting yang diperlukan untuk melaksanakan agenda inklusif dan mengurangkan ketidaksamaan di UiTM. Sebagai contoh, Tabung Cakna OKU UiTM (tabung amanah khas OKU) telah diasaskan pada Mac 2020 dengan tujuan untuk menyediakan kebajikan komuniti OKU UiTM kami dari segi rawatan dan sokongan terapi, pembelian peralatan khas, dan dan keperluan lain yang berkaitan dengan ketidakupayaan mereka.
Profesor Madya Ts. Dr. Roslinda Alias juga menekankan kepentingan perkongsian pintar dengan industri apabila membincangkan SDG 10: Reduced Inequality. UiTM telah bekerjasama dengan pelbagai industri, daripada pertubuhan bukan kerajaan kepada sektor swasta, untuk menyokong agenda inklusif. Sebagai contoh, bersama Awantec Berhad, "Program Peningkatan Kemahiran untuk OKU dan B40: Tiada Yang Tertinggal" telah dijalankan dengan menggunakan platform Skillsoft Percipio dalam talian untuk pelajar kurang upaya dan B40. Selain itu, projek keusahawanan sosial bersama Richiamo Coffee Sdn. Bhd. juga dilancarkan dengan hasrat untuk mempertingkatkan kelestarian Tabung Cakna OKU UiTM (tabung amanah OKU di UiTM), selain 40 peratus pekerja di setiap empat cawangan yang mengambil bahagian adalah pekerja OKU. Disamping itu, dengan sokongan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sijil profesional antarabangsa yang dikenali sebagai Sijil Profesional Pengurusan Kurang Upaya (CDMP) kini ditawarkan kepada 18 pensyarah UiTM seluruh Malaysia dalam usaha memastikan pengurusan kecacatan di UiTM adalah optimum. .
Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan berkata, BPP komited dalam mengurangkan jurang antara pelajar OKU dan pelajar normal. Ini bertepatan dengan usaha BPP yang mahu mengambil lebih ramai pelajar kategori OKU. Dengan pertambahan kemudahan khas untuk pelajar seperti ini, peluang untuk melanjutkan pengajian ke UiTM adalah lebih luas.
Selain itu, antara isu yang dibincangkan ialah kategori khas yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Bukan sahaja UiTM, semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menggunakan kategori laluan khas ini dalam proses pengambilan pelajar. Antara kategori laluan khas yang difokuskan adalah kategori OKU, kategori B40, kategori Atlet dan kategori Orang Asli. Kategori pelajar ini diberi keutamaan, dan yang paling penting tawaran hanya dibuat jika mereka memenuhi syarat keperluan am universiti serta syarat keperluan khas program. Tawaran tidak akan dibuat sewenang-wenangnya, walaupun dengan wujudnya kategori istimewa.
Sebagai tonggak utama dalam pengambilan pelajar ke universiti keramat ini, Encik Mohamad Faizul telah berkongsi cabaran yang dihadapi semasa menguruskan BPP ini. Seperti yang kita tahu, situasi COVID-19 kini beransur pulih dan kini memasuki fasa endemik.
Sepanjang tempoh pandemik, bukan sahaja UiTM, malah semua IPTA mengalami penurunan jumlah pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian. Malah pada fasa tersebut, BPP sukar untuk menjalankan kerja-kerja promosi dan out-reach bagi menarik minat pelajar memohon di UiTM. Seperti kebiasaannya, program ini akan dijalankan di sekolah, Kolej Matrikulasi dan komuniti setempat. Walau bagaimanapun, semasa pandemik hanya promosi secara maya yang boleh dilakukan oleh pihak BPP.
Selain itu, Encik Mohamad Faizul juga telah memberikan beberapa penyelesaian bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan khususnya di UiTM sendiri. Antaranya ialah semua bahagian di UiTM seperti Pejabat Hal Ehwal Akademik (HEA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), Bahagian Transformasi Universiti (BTU), Kampus, Fakulti dan PTJ yang berkaitan perlu berganding bahu bagi memastikan penambahbaikan dilakukan secara konsisten. Semua bahagian mesti mengerti peranan dan komitmen masing-masing. Sebagai sebuah keluarga UiTM sedia ada, kita seharusnya memberi peluang, menerima kehadiran golongan OKU dan tidak menafikan hak mereka untuk menyambung pelajaran ke UiTM.
Encik Mohamad Faizul merumuskan bahawa semua bahagian perlu memainkan peranan masing-masing dan mengambil tindakan, bukan hanya melihat kepada teori dan kertas kerja. Universiti juga perlu mewujudkan ruang untuk penambahbaikan supaya kita dapat menampung sebarang kekurangan yang ada. Fakulti dan Kolej juga perlu mengambil bahagian dalam perancangan dan penjenamaan semula dalam mempromosi dan menyelaraskan tuntutan semasa dan dasar inklusif universiti. Ini bagi meningkatkan peratusan enrolmen sebanyak 10% - 20% daripada kalangan masyarakat setempat.
Terima kasih diucapkan buat kedua-dua tamu panelis atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah dan pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof Madya Ts. Dr. Roslinda Alias dan Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan.
Jumpa lagi di CTWR Episod 11!
COFFEE TALK WITH ROZIE 2022 EPISODE 10 WITH ASSOC. PROF. TS. DR. ROSLINDA ALIAS AND ENCIK MOHAMAD FAIZUL MOHD RUSLAN
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Once again, CTWR 2022 Episode 10 has struck a balance between relaxed but informative content.
This episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel on Thursday, 13 October 2022 at Studio Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Media, UiTM Shah Alam.
This time, I invited two panellists to talk about "Global Goals: UiTM at the Forefront in Empowering Inclusivity and Accessibility to Reduce Inequality ", namely Assoc. Prof. Ts. Dr. Roslinda Alias and Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan.
Assoc. Prof. Ts. Dr. Roslinda Alias is the Director of the People with Disabilities (PWD) Service Unit, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan is the Director of the Student Admission Division (BPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
CTWR 2022 Episode 10 also featured a musical performance by students from the Conservatory of Music, College of Creative Arts, UiTM
In this episode, Assoc. Prof. Ts. Dr. Roslinda Alias began with an introduction to the UiTM Disability Services Unit (UiTM DSU). In line with the Guidelines for the Implementation of Inclusive People with Disabilities Policy in Higher Education Institutions (HEIs), the UiTM DSU was established in November 2019 with the aim of coordinating administration and management to ensure the rights of persons with disabilities to full access to learning and facilitation (L&F) and working at UiTM. It also aims to raise awareness of the rights and concerns of persons with disabilities so that they are not neglected.
UiTM is the public university in Malaysia with the largest number of disabled members in the community. Currently, there are 387 disabled students, 81 disabled staff and 364 staff registered at UiTM DSU. Therefore, UiTM DSU wholeheartedly supports the mission to promote an inclusive environment for all and works closely with all institutions in the UiTM system to ensure that disabled people are not left out.
Inclusive education is a critical component in advancing the inclusive agenda at UiTM. In 2018, the Polisi Pengajian Pelajar Kurang Upaya UiTM, a comprehensive study policy for our students with impairments, was launched. This was followed by the release of UiTM Education 5.0 with its third pillar, Meaningful Learning, highlighting the importance of Universal Design for Learning (UDL). And later, in 2021, to expand its inclusive agenda, UiTM introduced an inclusive study policy for underrepresented groups, known as Polisi Pengajian Inklusif untuk Pelajar Berkeperluan Khusus dan Kurang Terwakili.
In addition, financial sustainability is one of the essential elements needed to implement the inclusive agenda and reduce inequality at UiTM. For example, the Tabung Cakna OKU UiTM (a special trust fund for the disabled) was established in March 2020 to ensure the welfare of our disabled UiTM community in terms of treatment and therapy support, purchase of special equipment and other needs related to their disability.
Associate Professor Ts. Dr Roslinda Alias also stresses the importance of smart partnership with industry when it comes to SDG 10: Reduced Inequality. UiTM has collaborated with numerous industries, from non-governmental organisations to the private sector, to support the inclusive agenda. For example, "the Upskilling Programme for OKU and B40: No One Left Behind" was initiated with Awantec Berhad, using the Skillsoft Percipio online platform for disabled and B40 students. In addition, a social entrepreneurship project was launched with Richiamo Coffee Sdn. Bhd. to improve the sustainability of Tabung Cakna OKU UiTM (a trust fund for the disabled at UiTM). Apart from this, 40 per cent of the staff in each of the four participating outlets are disabled. Moreover, with the support of the Social Security Organisation (SOCSO), an international professional certificate, the Certificate of Disability Management Professionals (CDMP), is currently being offered to 18 UiTM lecturers across Malaysia to ensure optimal disability management at UiTM.
Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan informed us that the Student Admission Division (BPP) is also committed to recruit more students from the category of persons with disabilities. With the increasing number of special facilities for these students, they are more likely to continue their studies at UiTM.
Among the issues we discussed was the special categories introduced by the Ministry of Higher Education (MOHE). Not only UiTM, but all public universities currently use these special categories when recruiting students. Apart from the category for persons with disabilities, there are other special categories such as the B40 category, the category for athletes and the category for Orang Asli. These students must be given priority and, most importantly, are only offered a place if they meet the general requirements of the university and the specific requirements of the programme. The offers are not made arbitrarily, even though there are these specific categories.
As the head of the student recruitment department at this university, Encik Mohamad Faizul has shared the challenges he faced in running the department. Encik Mohamad Faizul said that during the pandemic, not only UiTM but all public universities experienced a decline in the number of applicants. During this phase, it was difficult for the BPP to conduct advertising and publicity activities to attract students to apply to UiTM. Normally, these programmes are conducted in schools, matriculation colleges and local communities. However, only virtual advertising was possible.
In addition, Encik Mohamad Faizul has proposed several solutions to reduce inequality in education, especially at UiTM. These include that all UiTM departments such as the Office of Academic Affairs (HEA), the Office of Students Affairs (HEP), the University Transformation Division (BTU), the campuses, faculties and the associated PTJ must work hand in hand to ensure that the necessary improvements are consistently implemented. As Keluarga UiTM , we should accept the presence of persons with disabilities in the university and give them the equal opportunities they deserve to pursue their studies.
Encik Mohamad Faizul concludes by saying that all departments should play their respective roles and take action instead of just looking at theory and paperwork. We also need to create space for improvement so that we can address all shortcomings. Faculties and colleges must also participate in planning and rebranding to promote and coordinate the university's requirements and inclusive policy of the university. This is to increase the percentage of enrolment from the local community by 10%-20%.
Thank you to the two invited panellists for a fascinating and valuable exchange.
I would like to thank and congratulate the entire team of Coffee Talk With Rozie, including the technical team, the lecturers and students of the College of Creative Arts and of course the guest panellists, Assoc. Prof. Ts. Dr. Roslinda Alias and Encik Mohamad Faizul Mohd Ruslan.
I'll see you at CTWR Episode 11!
Date
Citation
“Bulletin: CTWR 2022 Episod 10,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/377.